YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN PENYELIDIK UNTUK MENGHADIRI – SESI BIMBINGAN DAN PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN DANA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI 1 (TeD 1) SIRI 2/2022 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA ÌÇÐÄÔ´´ dan Kluster Penyelidikan ÌÇÐÄÔ´´ akan mengadakan program seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 5 Ogos 2022 (Jumaat)
Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari
Platform : Aplikasi Zoom (Pautan akan diberi kemudian)
Pendaftaran :
3. Sukacita sekiranya YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat membantu menghebahkan program ini kepada penyelidik-penyelidik yang berminat serta berpotensi untuk membida geran ini.
4. Justeru itu, Penyelidik yang telah dikenalpasti perlulah mengemukakan Borang Permohonan TeD 1 untuk dimantapkan semasa sesi bengkel. Borang Permohonan TeD 1 boleh dihantar ke alamat emel: mshafiq11@ukm.edu.my sebelum atau pada 01 Ogos 2022 (sebelum jam 4.00 petang)
5. Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.

