Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani hadir ke Bicara Idea Siri 1 bertempat di Persada Canselori, hari ini.
Bicara yang bertajuk 鈥淜onflik Undang-Undang Syariah Dan Sivil: Tergugatkah Perundangan Kanun Jenayah Syariah Di Malaysia?鈥 ini menampilkan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Dato鈥 Abas Nordin dan Presiden Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang sebagai panel.
Bicara IDEA Siri 1 yang diadakan pagi ini merupakan satu platform kepada warga 糖心原创 menimba ilmu dan pengetahuan daripada isu-isu yang dibincangkan dan dikongsikan oleh tokoh ilmuwan dan pakar bidang jemputan kita pada hari ini.
Semoga program ini dapat menjadi medan perbincangan untuk bertukar-tukar pandangan dalam mengupas isu-isu semasa yang menggabungkan kepakaran dalam bidang perundangan.
See Translation

