Pusat IDEA ÌÇÐÄÔ´´ menerusi Kluster Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Termaju (KPT) ÌÇÐÄÔ´´ telah mengambil inisiatif membuka ruang bicara bagi membincangkan secara ilmiah tajuk Pemerkasaan Emosi dan Akal: Ke Arah Minda Sihat bertempat di Auditorium Siswa, Aras 2, Bangunan Pusanika ÌÇÐÄÔ´´ pada 21 November 2024.
Pandangan yang bernas berhubung isu kesihatan mental di Malaysia, perkhidmatan yang disediakan, serta peranan agensi, pakar dan teknologi dalam bidang psikologi dan psikiatri dalam menangani masalah kesihatan mental telah dikupas dalam Bicara IDEA Siri 7 yang telah dipengerusikan oleh Ketua Program Siswazah, Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), YBrs. Prof. Madya Dr. Mahadir Ahmad bersama tiga ahli panel iaitu YBrs. Dr Norli binti Abdul Jabbar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Firdaus binti Mukhtar, Pakar Psikologi Klinikal, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Dr. Karen Christelle, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Felda Bersia, Perak Darul Ridzuan.
Ucapan aluan dan perasmian telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah ÌÇÐÄÔ´´, YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali. Hadir sama dalam sesi bicara ini Timbalan Pengarah Pusat IDEA ÌÇÐÄÔ´´, Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin, Peneraju Kluster Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Termaju (KPT) ÌÇÐÄÔ´´, Prof. Dr. Poh Bee Koon, Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani (WMM) ÌÇÐÄÔ´´, Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah serta pengawai kanan ÌÇÐÄÔ´´ yang lain. Bicara IDEA Siri 7 kali ini telah berjaya menarik minat kehadiran kakitangan dari Institut Kanser Negara, Kolej Poly-Tech Mara, penyelidik berkaitan bidang dan para pelajar ÌÇÐÄÔ´´.
Tahniah kepada Pusat IDEA ÌÇÐÄÔ´´ kerana telah merealisasikan hasrat universiti watan dengan menganjurkan Bicara Idea ini sebagai ruang bertukar pandangan dan pendapat.









