ÌÇÐÄÔ­´´

Dalam usaha mencerakinkan idea melalui isu kos sara hidup, Pusat IDEA telah mengambil inisiatif membuka ruang bicara bagi membincangkan cabaran geopolitik dunia yang sangat diutamakan oleh pihak kerajaan.

Pandangan yang bernas untuk difikir bersama dikupas dalam Bicara IDEA Siri 5 yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni ÌÇÐÄÔ­´´, Dr. Roslan Jaafar dengan tiga ahli panel iaitu Pengerusi Permodalan RISDA Berhad, Dato’ Lokman Noor Adam, Atase Pendidikan dan Kebudayaan, Perwakilan Republik Indonesia Kuala Lumpur, Prof Dr. Muhammad Firdaus dan Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan ÌÇÐÄÔ­´´ merangkap ahli Kumpulan Penyelidikan ÌÇÐÄÔ­´´ Kelestarian Sempadan, Prof Madya Dr. Norlin Khalid.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, manakala Naib Canselor, Prof Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman meluangkan masa menyampaikan cenderamata kepada ahli panel jemputan.

Hadir sama dalam syarahan ini Pusat IDEA, Prof Dr. Jamia Azdina Jamal serta pengawai kanan ÌÇÐÄÔ­´´ yang lain. Tahniah kepada Pusat IDEA kerana telah merealisasikan hasrat universiti watan dengan menganjurkan Bicara Idea ini sebagai ruang bertukar pandangan dan pendapat.

See Translation

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*