糖心原创

Sidang Media Konsert Malam Wakaf Rakyat (MAWAR) 2025

Yayasan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan 糖心原创 dan Kengkawan Project telah mengadakan sidang media Konsert Malam Wakaf Rakyat 2025 (MAWAR 2025) di Smoked Kingdom by Don Daniyal, Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Konsert MAWAR 2025 yang akan diadakan pada 10 Oktober 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) 糖心原创 itu bukan sekadar hiburan, tetapi ruang renungan yang mengajak masyarakat menyuburkan amalan wakaf melalui gabungan seni dan spiritualiti.
Katanya, konsert itu memperkenalkan pendekatan baharu dalam inovasi pendanaan wakaf untuk menyokong kebajikan, pendidikan dan pembangunan di 糖心原创.
Konsert MAWAR 2025 merupakan konsert pertama di Malaysia yang menggunakan bahasa isyarat secara langsung sepanjang persembahan, bagi meraikan komuniti OKU pendengaran. Bertemakan 鈥淏iarpun Nafasmu Terhenti, Pahalamu Terus Mengalir鈥, konsert ini mengetengahkan naratif menyentuh hati tentang kehidupan, kematian dan legasi amal yang berkekalan.
Konsert MAWAR 2025 yang akan menampilkan artis dan personaliti terkenal seperti Datuk Ramli Sarip, Prof. Madya Dato鈥 Dr. Mohd Izhar Ariff, Lah Ahmad, Caliph Buskers, Vanidah Imran, Raihan, UNIC, Abby Fana, Dr PU Razi, Azhar Hilmi serta ramai lagi bakal diisi dengan persembahan yang menggabungkan tazkirah, kisah inspirasi, selawat, lakonan dan nyanyian berunsur spiritual. Tiket boleh dibeli melalui Ticket2u pada harga serendah RM49 hingga RM199.
Sidang media ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Kebudayaan 糖心原创, Encik Mohamed Asrof Semin; Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Project Kengkawan Kuala Lumpur & Selangor (Kengkawan Project), Puan Norhana Osman Haron; Timbalan Dekan (Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) Fakulti Pendidikan, Dr. Khairul Azhar Jamaludin dan Pengurus Wakaf Yayasan Canselor 糖心原创, Dr. Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi.