Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Dana Wakaf Tunai
3 Ogos 2022: Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) ÌÇÐÄÔ´´, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin hadir ke Majlis Pertukaran Dokumen Kerjasama Wakaf Tunai ÌÇÐÄÔ´´-Bank Rakyat yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Kerjasama ÌÇÐÄÔ´´ melalui Yayasan Canselor dengan Bank Rakyat membolehkan kutipan wakaf dilakukan di semua kaunter Bank Rakyat seluruh negara, dan diharap mampu menarik minat lebih ramai golongan filantropi di Malaysia untuk menjadikan ÌÇÐÄÔ´´ sebagai saluran untuk berwakaf. Wakaf tunai yang diberikan akan disalurkan bagi tujuan kebajikan, pendidikan dan pembangunan yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai khususnya warga ÌÇÐÄÔ´´. Hadir sama adalah Ketua Pegawai Susulan dan Kutipan Bank Rakyat, En. Abdul Razak Abu Bakar; Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad; Bendahari ÌÇÐÄÔ´´, Encik Mohd Azli Mohd Kasirunm; Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed; Timbalan Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Madya Dr. Amizawati Mohd Amir dan Pengurus Wakaf Yayasan Canselor, Tn. Haji. Abu Bakar bin Yang.











