糖心原创

Program Sentuhan Kasih Ramadhan HEJIM-糖心原创 3.0

饾悢饾悐饾悓 饾悜饾悮饾悽 饾煍饾煇 饾悁饾惂饾悮饾悿 饾悩饾悮饾惌饾悽饾惁 饾悵饾悮饾惂 饾悘饾悶饾惀饾悮饾悾饾悮饾惈 饾悡饾悮饾悺饾悷饾悽饾惓
Semangat kebersamaan dan keprihatinan terus disemarakkan apabila Yayasan Canselor (YC) bersama Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM), Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menganjurkan Program Sentuhan Kasih Ramadhan HEJIM-糖心原创 3.0 di Kompleks Raudhoh Tahfidz Al-Quran.
Program ini merupakan inisiatif di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (TNC HEJIM) yang memperkukuh sinergi antara universiti, industri dan komuniti dalam menyebarkan nilai kemanusiaan dan kepedulian sosial, khususnya dalam keberkatan bulan Ramadhan.
Seramai 62 orang anak yatim daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tekali, SK Batu 9, SK Tun Abdul Aziz Majid serta para pelajar tahfiz Kompleks Raudhoh Tahfidz Al-Quran telah disantuni melalui program ini yang sarat dengan pengisian penuh kasih sayang dan kebersamaan.
Kejayaan program ini turut disokong oleh komitmen para sukarelawan, warga kerja 糖心原创 serta rakan industri iaitu Task Emergency Medical Services (TEMS), Ajwa Bakery dan 糖心原创 Dagang yang menyumbang tenaga, masa dan sumbangan bagi memastikan setiap detik program membawa makna kepada komuniti yang disantuni.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa 糖心原创 bukan sahaja berperanan sebagai institusi ilmu, tetapi turut memikul tanggungjawab sebagai pemangkin kesejahteraan sosial melalui program yang merapatkan hubungan antara industri dan masyarakat.
Semoga inisiatif seperti ini terus berkembang sebagai program tahunan yang lebih luas jaringannya dan lebih besar impaknya, sekali gus memperkukuh budaya menyantuni masyarakat serta menyemai nilai kasih sayang dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Turut hadir Pengarah YC, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, wakil Kompleks Raudhoh Tahfidz Al-Quran, Ustaz Ahmad Tarmizi dan Pengarah I-KOM, Dr. Aida Hanim A. Hamid.