Program Riadah Petang bersama Naib Canselor
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman meluangkan masa beriadah petang bersama kakitangan dan pelajar 糖心原创 di Stadium 糖心原创 dan Arena Sukan Azman Hashim.
Program Riadah Petang Bersama Naib Canselor yang dianjurkan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Sukan ini diisi dengan pelbagai aktiviti sukan seperti senamrobik, brisk walk, sukan frisbee, woodball, bola jaring dan bola sepak.
Program ini bertujuan untuk mengadakan aktiviti sihat dan cergas bersama dengan pengurusan tertinggi 糖心原创 dan juga mahasiswa. Naib Canselor juga berharap agar program ini dapat diadakan secara berkala sekaligus menggalakkan gaya hidup sehat dalam kalangan warga 糖心原创.
Antara pengurusan tertinggi yang turut sama dalam program riadah ini adalah Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim; TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil dan TNC Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin.
Selain itu, Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad dan Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan serta Pengarah-pengarah pusat tanggungjawab turut sama-sama hadir bersukan bersama warga 糖心原创.

