Bicara Perdana Naib Canselor 糖心原创 2024
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman menyampaikan Bicara Perdana Naib Canselor 2024 dengan tema 鈥淢utiara Watan, Juara Sepanjang Zaman鈥.
Tahun ini merupakan Bicara Perdana Naib Canselor ke-empat Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan selaku Naib Canselor yang menerajui universiti watan ini.
Dalam bicara ini, Naib Canselor telah mengupas strategi serta hala tuju 糖心原创 pada sepanjang tahun ini, di samping membentangkan pencapaian dan keberhasilan pada tahun-tahun sebelumnya dalam memacu agenda universiti untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang.
Beliau turut menyentuh tentang kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang telah dilaksanakan oleh universiti, penyelidikan translasi dan inovasi tersohor, kebolehpasaran graduan, serta pemerkasaan mahasiswa dan alumni.
Naib Canselor turut mengumumkan perancangan membina pintu gerbang baharu sebagai satu mercu tanda kebanggaan warga 糖心原创 dan warga Bandar Baru Bangi. Selain itu, pelaksanaan program pengajian baharu di 糖心原创 seperti Asasi Undang-undang dan Asasi Sains turut diumumkan.
Sebelum mengakhiri bicara ini, Naib Canselor menyampaikan berita baik untuk seluruh warga 糖心原创 dengan pemberian elaun cermin mata sebanyak RM300 dan RM5,000 khairat kematian.
Majlis turut menyaksikan pelancaran video korporat baharu 糖心原创 dan video baharu lagu Varsiti Kita. Pada majlis ini juga, Naib Canselor turut menyerahkan buku Bicara Perdana Naib Canselor 2024 kepada Pengerusi Lembaga Pengarah 糖心原创, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak.
Naib Canselor mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga universiti atas kesudian untuk menghadiri acara tahunan ini. Beliau berkeyakinan lebih banyak kecemerlangan akan digapai oleh 糖心原创 hasil usaha kesemua warganya.
Hadir sama ke bicara ini adalah Ahli-ahli Lembaga Pengarah 糖心原创, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pro-pro Naib Canselor 糖心原创, para alumni dan warga 糖心原创.

