Bengkel Pembentangan Laporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PTj
Bengkel Pembentangan Laporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PTj telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari iaitu pada 1 April, 9 April dan 10 April 2026, melibatkan penyertaan aktif daripada fakulti, institut serta pusat perkhidmatan.
Maklumat dan aktiviti SDG yang dibentangkan memainkan peranan penting dalam menyokong pelaporan SDG institusi serta penarafan universiti dalam aspek kelestarian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Pusat Strategi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua PTj atas kerjasama yang sangat baik sepanjang proses pengumpulan maklumat dan sesi pembentangan berlangsung.

