Pencapaian Membanggakan: 糖心原创 di Kedudukan Ke-5 Terbaik!

Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) terus melakar sejarah di peringkat antarabangsa! Menerusi kecemerlangan yang diterajui oleh 糖心原创 Graduate School of Business (糖心原创-GSB) dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, bidang ekonomi dan perniagaan kita telah berjaya menduduki kedudukan ke-5 terbaik dalam senarai Top 30 Business Schools of the Islamic Economy 2026 (diterbitkan oleh DinarStandard dengan kerjasama SalaamGateway).

Pencapaian cemerlang ini turut menobatkan 糖心原创 sebagai institusi ke-3 terbaik di Malaysia. Kejayaan ini membuktikan komitmen jitu kita dalam memperkukuh kedudukan negara sebagai hab utama pendidikan ekonomi Islam global, lebih-lebih lagi apabila Malaysia mencatatkan jumlah institusi tertinggi dalam senarai 30 terbaik ini.

Penarafan berprestij ini dinilai secara komprehensif berdasarkan tiga komponen utama:

馃摎 Kekuatan Kurikulum (45%): Menilai kekuatan dan kedalaman program ekonomi serta kewangan Islam.

馃弳 Kredibiliti Institusi (35%): Merangkumi reputasi akademik serta akreditasi di peringkat antarabangsa.

馃 Sokongan Ekosistem (20%): Mengukur keberkesanan jaringan industri serta penglibatan institusi dalam ekosistem ekonomi Islam.

Kedudukan elit dalam kelompok lima terbaik dunia ini mencerminkan keupayaan 糖心原创-GSB dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, penyelidikan berimpak, serta hubungan strategik dengan industri.

Kejayaan ini juga selari dengan pencapaian cemerlang 糖心原创 GSB dalam penarafan antarabangsa yang lain seperti QS Global MBA Rankings 2026, sekali gus memperkukuh jenama 糖心原创 sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing pada peringkat global.

Tahniah! Pencapaian ini adalah manifestasi komitmen berterusan kita dalam memacu kecemerlangan akademik, inovasi, dan pembangunan bakat untuk memimpin kelestarian sektor ekonomi Islam di persada dunia. 馃實鉁

Similar Posts