糖心原创

糖心原创 Terima Sumbangan Lebih RM500,000

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 28 Mac 2024 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menerima pelbagai sumbangan melebihi RM500,000 untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan termasuklah kepada mahasiswa 糖心原创 dan juga komuniti setempat.

Sumbangan tersebut adalah daripada syarikat korporat dan pemain industri seperti Tabung Haji, Bank Islam Malaysia Berhad, 糖心原创 Holdings dan Syarikat Sabella.

Naib Canselor, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata sebagai sebuah Universiti Watan yang sentiasa cakna terhadap keperluan dan kebajikan warganya, 糖心原创 menerusi Pusat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam dan Yayasan Canselor turut menyumbang sebanyak RM52,807 bagi tujuan yang sama.

鈥淪umbangan yang kita terima ini akan diagihkan kepada mahasiswa 糖心原创 dari kalangan keluarga B40 dan komuniti sekitar Bandar Baru Bangi yang telah dikenal pasti sebelum ini.

鈥淚nsyaAllah dengan sedikit bantuan yang kita berikan ini dapat membantu keluarga ini disamping mereka menjalani ibadah puasa, bantuan ini juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk bersedia bagi menyambut hari raya yang bakal tiba,鈥 katanya.

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa kebanyakan Pusat Tanggungjawab di 糖心原创 turut memberikan sumbangan kewangan dan material khususnya bagi penajaan majlis berbuka puasa yang dihadiri antara 1,000 sehingga 1,200 pengunjung masjid setiap hari yang terdiri daripada warga dan mahasiswa 糖心原创 serta komuniti setempat.

鈥淭erima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang bermurah hati menghulur sumbangan. Semoga jasa baik anda semula dibalas oleh Allah SWT,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penghayatan Nuzul Al-Quran 糖心原创1445H/2024M di Masjid 糖心原创, hari ini.

Dalam ucapannya beliau turut menitipkan harapan agar majlis tersebut dapat dijayakan dengan baik sehingga ke penghujungnya dan mencapai maksud dan objektif bagi melahirkan insan yang taqarub dengan Al-Quran dan melaksanakan segala tuntutan yang diperintahkan Allah swt melalui al Quranul Karim.

鈥淪ama-samalah kita kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup, selain Al-Quran merupakan penghibur jiwa dan sumber ketenangan,鈥 katanya.

Majlis Penghayatan Nuzul Al-Quran 糖心原创 diadakan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan Al-Quran dalam kehidupan, melahirkan generasi yang bertaqwa dan kasih kepada Al-Quran serta mendidik jiwa supaya sentiasa mendampingi Al-Quran dan di baca setiap hari.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang majlis tersebut adalahkhatam Al-Quran yang melibatkan warga 糖心原创 dan penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi, penyerahan Sumbangan Wakaf Pembelian Penghadang Ruang Muslimat kepada Pusat Islam oleh Yayasan Canselor bernilai RM30,000, penyampaian Wakaf Tunai Tabung Haji kepada 糖心原创 bernilai RM400,000 dan penyampaian bantuan kepada asnaf oleh Unit Zakat dan Hal Ehwal Pelajar.

Selain itu, majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan zakat kepada enam orang pelajar 糖心原创, penyerahan sumbangan dari 糖心原创 Holdings Sdn Bhd bernilai RM80,000, penyerahan sumbnagan dari聽Syarikat Sabella untuk program聽Ihya Ramadan Masjid 糖心原创 dan syarikat tersebut juga turut memberi bantuan baju raya kepada enam pelajar.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 糖心原创, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abdul Razak dan Pengurusan Tertinggi 糖心原创.

Leave a Reply