Oleh Khairatul Nadia Ramli.
Setiap kali Ramadan menjelma, umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa, ibadah yang menuntut setiap individu melaksanakan latihan disiplin diri secara menyeluruh, merangkumi ketahanan menahan lapar dan dahaga serta penyucian jiwa.
Di sebalik tuntutan kerohanian yang mendalam, puasa sebenarnya turut memperlihatkan satu keajaiban fisiologi tubuh manusia yang jarang disedari.
Menurut Pensyarah dan Pakar Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创), Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya merupakan satu bentuk 鈥渓atihan biologi鈥 yang tersusun dan penuh hikmah.
鈥淎pabila seseorang berpuasa, tubuhnya melalui satu proses adaptasi yang sangat sistematik. Walaupun tiada pengambilan makanan dan minuman selama beberapa jam, sistem badan tetap berfungsi secara optimum melalui pengaktifan pelbagai mekanisme dalaman,鈥 jelas beliau.
Beliau menerangkan bahawa dalam beberapa jam pertama selepas bersahur, tubuh masih menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama. Lebihan glukosa yang disimpan dalam bentuk glikogen di dalam hati dan otot akan dimanfaatkan bagi memastikan bekalan tenaga berterusan.
鈥淎pabila simpanan glikogen mula berkurangan, tubuh akan beralih kepada pembakaran lemak melalui proses yang dipanggil lipolisis. Pada masa sama, hati menghasilkan jasad keton sebagai sumber tenaga alternatif, khususnya untuk otak,鈥 katanya.
Menurut beliau, peralihan metabolik ini memberi manfaat besar kepada kesihatan, termasuk meningkatkan kecekapan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga dan membantu mengawal berat badan. Dalam tempoh tertentu, ia juga berpotensi mengurangkan lemak visceral yang sering dikaitkan dengan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular.
Dari sudut hormon pula, puasa membantu menurunkan paras insulin dalam darah, sekali gus menggalakkan pembakaran lemak tersimpan.
鈥淎pabila paras insulin menurun, badan beralih daripada mod menyimpan kepada mod membakar tenaga. Hormon seperti glukagon pula membantu mengekalkan bekalan tenaga dan menyokong pemeliharaan jisim otot,鈥 ujar beliau.
Tambahnya lagi, keadaan ini boleh meningkatkan sensitiviti insulin, yang amat penting dalam mencegah kerintangan insulin dan diabetes mellitus jenis dua.
Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa kajian menunjukkan puasa Ramadan berpotensi menurunkan tekanan darah secara sederhana serta memperbaiki profil lipid.
鈥淜ita dapati ada peningkatan kolesterol baik (HDL) dan penurunan kolesterol jahat (LDL) dalam kalangan individu sihat. Namun kesan ini sangat bergantung kepada corak pemakanan ketika berbuka dan bersahur,鈥 tegasnya.
Beliau mengingatkan agar masyarakat tidak mengambil kesempatan berbuka dengan makanan tinggi gula dan lemak secara berlebihan kerana ia boleh menafikan manfaat fisiologi yang diperoleh sepanjang hari berpuasa.
Satu lagi aspek menarik yang diketengahkan ialah proses autophagy, iaitu mekanisme semula jadi pembersihan sel.
鈥淭empoh berpuasa boleh merangsang autophagy, iaitu proses yang membantu menyingkirkan komponen sel yang rosak dan menyokong pembaharuan sel. Walaupun kajian lanjut masih diperlukan, dapatan awal menunjukkan ia berpotensi menyumbang kepada kesihatan metabolik yang lebih baik,鈥 jelas beliau.
Dari segi hidrasi, tubuh mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengawal keseimbangan air melalui hormon antidiuretik yang mengurangkan kehilangan air melalui buah pinggang. Namun begitu, beliau menasihatkan agar pengambilan air mencukupi antara waktu berbuka dan sahur diberi perhatian.
鈥淧astikan minum air secukupnya dan kurangkan minuman berkafein serta terlalu manis. Pengurusan cecair yang baik penting untuk mengekalkan tahap tenaga dan kesihatan sepanjang Ramadan,鈥 katanya.
Kesimpulannya, puasa Ramadan bukan sekadar ibadah yang menyucikan jiwa, malah mencerminkan kebijaksanaan sistem tubuh manusia dalam mengekalkan keseimbangan tenaga, hormon dan cecair.
鈥淛ika dilaksanakan dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang terkawal, puasa bukan sahaja mendekatkan diri kepada Tuhan, tetapi juga menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh,鈥 ujar beliau.
Ramadan, jelasnya, adalah bukti bahawa tuntutan spiritual dan manfaat sains boleh bergerak seiring dalam membentuk insan yang lebih sihat, berdisiplin dan sejahtera.
