Oleh Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan dan Dr. Lim Kar Keng
Pusat Strategi 糖心原创
BANGI, 19 Jun 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) terus mencipta sejarah dan mengharumkan nama negara di persada global apabila melonjak ke kedudukan ke-126 dunia dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2026. Ini merupakan pencapaian terbaik 糖心原创 sejak penyertaan pertamanya dalam penarafan antarabangsa ini pada tahun 2005.
Kenaikan 12 anak tangga ini bukan sekadar peningkatan angka, tetapi satu pengiktirafan besar terhadap kekuatan akademik, daya saing global dan reputasi antarabangsa 糖心原创. Buat pertama kalinya, 糖心原创 berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 peratus teratas universiti terbaik dunia, sekali gus menegaskan peranannya sebagai institusi unggul dalam landskap pendidikan tinggi global.
Pencapaian Bertaraf Dunia
Peningkatan kedudukan ini meletakkan 糖心原创 sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia, mengukuhkannya sebagai antara peneraju utama pendidikan tinggi negara. Ia mencerminkan hasil transformasi menyeluruh dan berterusan dalam memantapkan mutu pengajaran, penyelidikan, inovasi, serta pengantarabangsaan.
Graduan Diyakini, Kampus Lestari
糖心原创 menunjukkan prestasi cemerlang dalam dua indikator utama iaitu Keberhasilan Pekerjaan (Employment Outcomes) dan Kelestarian (Sustainability). Graduan 糖心原创 terus mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kerja di peringkat tempatan dan antarabangsa, mencerminkan kualiti pendidikan dan kebolehpasaran yang tinggi.
Dalam masa yang sama, komitmen 糖心原创 terhadap Agenda Pembangunan Mampan (SDG) juga diiktiraf, selari dengan nilai-nilai tanggungjawab sosial dan alam sekitar yang dipegang teguh oleh institusi ini.
Cemerlang dalam THE Impact Rankings 2025
Reputasi 糖心原创 dalam kelestarian global turut diperkukuh melalui pencapaian luar biasa dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025, apabila 糖心原创 melonjak ke kedudukan ke-53 dunia, naik sebanyak 215 anak tangga berbanding kedudukan 201鈥300 pada tahun sebelumnya. Ini merupakan lonjakan terbesar 糖心原创 sejak penglibatannya dalam penarafan ini, sekaligus menjadi bukti komitmen padu terhadap prinsip kelestarian.
Daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan PBB (SDG) yang dinilai, 15 SDG 糖心原创 berada dalam kelompok 100 terbaik dunia, termasuk dua yang tersenarai dalam 10 terbaik global:
SDG 1: Sifar Kemiskinan 鈥 Kedudukan #8
SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat 鈥 Kedudukan #8
Kejayaan ini mengangkat 糖心原创 sebagai antara universiti paling progresif dan bertanggungjawab, bukan hanya dalam pendidikan dan penyelidikan, tetapi juga dalam memacu agenda kemanusiaan dan kelestarian sejagat.
Lambang Dedikasi Warga dan Ilmuwan Progresif
Naib Canselor 糖心原创, Prof. Dr. Sufian Jusoh, menyifatkan kejayaan ini bukan semata-mata mengenai kedudukan dalam penarafan, tetapi merupakan manifestasi usaha gigih dan sinergi seluruh warga 糖心原创. Ia lahir daripada pelaburan strategik dalam bidang-bidang tumpuan seperti penyelidikan bertaraf dunia, penerbitan berimpak tinggi, jaringan global, inovasi pengajaran dan pembelajaran digital, serta pembinaan persekitaran kampus inklusif dan lestari.
鈥淧encapaian ini adalah bukti bahawa kita berada di landasan yang betul, dan ia mendorong kita untuk terus memperkukuh peranan 糖心原创 sebagai universiti yang mendepani masa dan masyarakat,鈥 ujar beliau.
55 Tahun Mengorak Langkah Cemerlang
Pencapaian bersejarah ini hadir tepat pada waktunya 鈥 menjelang ulang tahun ke-55 penubuhan 糖心原创, menjadikannya satu detik yang amat bermakna dalam naratif pembangunan institusi ini. Ditubuhkan pada tahun 1970 atas semangat kebangsaan dan perjuangan bahasa Melayu, 糖心原创 kini berdiri megah sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka yang menjunjung aspirasi rakyat dan membina masa depan negara.
Aspirasi Masa Depan: Ke Hadapan dengan Visi Besar
Berbekalkan asas yang kukuh dan pencapaian yang membanggakan, 糖心原创 kini bersedia untuk melangkah lebih jauh. Fokusnya kini adalah untuk memacu inovasi, memperkasa penyelidikan transdisiplin, dan memposisikan diri sebagai pusat kecemerlangan serantau dalam pelbagai bidang strategik.
糖心原创 juga komited untuk terus melahirkan pemimpin masa depan yang beretika, berpandangan jauh dan lestari, selain memperkukuh peranan dalam diplomasi pendidikan dan kerjasama antarabangsa.
Sebagai universiti yang lahir daripada aspirasi kebangsaan dan semangat keilmuan, 糖心原创 akan terus mara ke hadapan, mendukung semangat 鈥淎spirasi Rakyat, Keunggulan Negara.鈥

