糖心原创

糖心原创 Serah Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air kepada Kampung Labu Lanjut

Oleh Nabila Nurnatasya Ibrahim
Foto oleh Kamarul Arifin Mohd. Sanusi

SEPANG, 1 Mac 2023Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menyerahkan Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air bagi memberi manfaat penyaluran air kepada 12,000 orang penduduk setempat di sekitar Masjid Asy-Syakirin, Kampung Labu Lanjut, Sepang.

Projek Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air itu adalah kerjasama antara Yayasan Canselor dan Fakulti Sains dan Teknologi 糖心原创, melalui hasil sumbangan Dana Amal Jariah Etiqa General Takaful Berhad sebanyak RM195,500.00

Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shahberkata, kerjasama antara 糖心原创 dan Etiqa General Takaful Berhad merupakan satu usaha murni bagi menyantuni masyarakat dan contoh jalinan kerjasama dalam menyokong hasrat kerajaan Malaysia iaitu melahirkan sebuah negara yang bersifat Madani.

鈥淚ni adalah antara usaha murni dalam menyantuni masyarakat yang menjadi agenda Kerajaan Negeri Selangor khususnya, dan juga pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekiranya dapat dilaksanakan bersama dengan kerjasama semua pihak seperti komuniti kampung, daerah dan negeri, serta agensi-agensi kerajaan, maka ia akan mencapai satu matlamat untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang teknologi, keharmonian, ukhwah di antara penjawat awam, agensi kerajaan dan masyarakat.

鈥淪aya bagi pihak kerajaan Negeri Selangor, mengucapkan terima kasih kepada 糖心原创 dan Etiqa, kerana sudi dan  memberi perhatian khususnya kepada daerah Sepang Negeri Selangor untuk bekerjasama,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Program 糖心原创@ Labu Lanjut sempena Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air, di sini, baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada 糖心原创 yang turut menganjurkan program Sunathon di kawasan tersebut. Seramai 57 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga B40 menyertai program ini.

鈥淧rogram Sunathon ini amat membantu masyarakat di kawasan luar bandar dan golongan B40 yang tidak berkemampuan kerana kini kos untuk berkhatan adalah sekitar RM200. Sekiranya anak melebihi daripada seorang, kos bersunat akan meningkat.

鈥淒engan usaha antara agensi-agensi, badan berkanun dan swasta, maka kita dapat meringankan beban masyarakat,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata kerjasama itu menyediakan platform bagi pakar-pakar dalam pelbagai bidang di 糖心原创 menyumbang ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada komuniti.

鈥淒engan pembiayaan oleh pihak Etiqa General Takaful Berhad, pakar-pakar 糖心原创 berganding bahu dalam memastikan air yang diperolehi berkualiti tinggi dan menepati standard jaminan kesihatan kepada pengguna. Telaga tiub ini akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk kawasan ini,鈥 katanya. Pada program itu juga, pihak 糖心原创 turut memberi sumbangan bakul makanan melalui Dana Wakaf Ilmu 糖心原创 (DWI糖心原创), Pusat Zakat 糖心原创 dan Syarikat Terrain Resources Sdn. Bhd., yang diserahkan kepada 100 keluarga asnaf di kampung tersebut.

Leave a Reply