糖心原创

糖心原创 Santuni Pelajar Sekolah, Pilih Hala Tuju Kerjaya

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

JEMPOL, 26 Jun 2023 – Seramai 230 pelajar tingkatan empat dan lima menyertai program 糖心原创 Career@Community yang diadakan bagi membantu para pelajar dalam memilih hala tuju dan memberi panduan merancang masa depan kerjaya dengan lebih baik.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata program itu adalah platform yang tepat kepada para pelajar terutamanya pelajar tingkatan lima untuk mengenal minat dan eksplorasi kerjaya serta mengetahui cara dalam membuat perancangan hala tuju kerjaya.

鈥淒engan tema ‘Bakat Diasah, Masa Depan Digarap鈥, 糖心原创 yakin, kesedaran dalam perancangan kerjaya di peringkat awal adalah penting bagi merealisasikan impian kerjaya pelajar di masa hadapan,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian penutup program 糖心原创 Career@Community yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Dato鈥 Haji Mustafa, di sini.

Beliau berkata melalui program ini, 糖心原创 telah memperkukuhkan konsep lingkaran empat pihak atau Quadruple Helix melalui kolaborasi universiti 鈥 agensi 鈥 industri 鈥 komuniti untuk memperkasakan kesejahteraan masyarakat.

鈥淪aya berharap agar kerjasama antara 糖心原创, agensi, industi dan komuniti yang terlibat bagi menjayakan program ini akan sentiasa menjadi keutamaan dan dapat diteruskan dalam pelbagai platform yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan negara.

鈥淪emoga para pelajar dapat memperoleh manfaat melalui program ini dan seterusnya merancang perjalanan kerjaya masa hadapan anda,鈥 ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu, Anuar Nordin berkata pihak PPD amat berterima kasih dan berbesar hati kerana 糖心原创 memilih pelajar di Negeri Sembilan untuk mengadakan program seperti ini.

鈥淜ita rasa gembira Jabatan Pendidikan Negeri memilih pelajar-pelajar di daerah ini untuk menimba ilmu bersama warga 糖心原创, khususnya bagi menilai minat dan bakat pelajar-pelajar di sini.

鈥淚ni adalah platform terbaik kepada pelajar-pelajar dalam merancang masa hadapan. Kita sangat mengalu-alukan program-program seperti ini bagi membantu pelajar memilih haluan pengajian selepas tamat sekolah menengah,鈥 katanya.

Program yang diadakan selama dua hari bermula 24 Jun 2023 itu adalah anjuran Kelab Urusetia Kerjaya 糖心原创, dengan bimbingan dari Pusat Pembangunan Karier 糖心原创. Lima buah sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Agama Dato鈥 Haji Mustafa, Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang, Sekolah Menangah Kebangsaan Dato鈥 Undang Syed Ali Al-Jufri, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir.

Leave a Reply