糖心原创

糖心原创 Perkasa Malaysia sebagai Hab Kuantum Serantau melalui Kerjasama Strategik dengan AIST, Jepun

Oleh Asmahanim Amir dan Melor Suria Minhat
Foto oleh Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi

BANGI, 10 Disember 2025 – Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dengan National Institute of Advanced Industrial Science and Technology (AIST), Jepun menjadi penggerak utama dalam mengukuhkan pembangunan teknologi kuantum dan kecerdasan buatan (AI) antara Malaysia dan Jepun.

Naib Canselor 糖心原创, Prof Dr Sufian Jusoh berkata kerjasama strategik yang terjalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) itu memperlihatkan sokongan padu dan kepercayaan pihak AIST kepada 糖心原创 yang memainkan peranan utama dalam bidang kuantum di Malaysia.

Ujar beliau, perkembangan kuantum akan bergerak selari dengan semikonduktor, yang akan serentak memacu AI di Malaysia dan rantau ASEAN.

鈥溙切脑 amat menghargai kepercayaan dan kesediaan AIST untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang teknologi kuantum.

鈥淧erkongsian ini bukan sahaja akan memperkukuh kepakaran penyelidikan, malah turut menyumbang kepada pembangunan modal insan melalui latihan, pendedahan teknologi terkini, pertukaran penyelidik, penglibatan aktiviti bersama pelajar serta projek penyelidikan bersama.

鈥淜erjasama ini disifatkan sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, khususnya dalam pembangunan teknologi kuantum yang berpotensi besar untuk masa depan negara,鈥 katanya.

Beliau berkata melalui kolaborasi itu, kedua-dua pihak akan memperkasakan penyelidikan antara kedua-dua institusi, menyokong pembangunan sosial melalui teknologi kuantum, serta membangunkan ekosistem kuantum antarabangsa antara Malaysia dan Jepun.

鈥淜ita (糖心原创) berharap inisiatif jangka panjang ini menjadi penanda aras penting bagi hubungan universti-industri pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Sambutan 45 Tahun Pusat Teknologi Digital Dan Perasmian Pusat Data 糖心原创 dan Majlis Menandatangani MoU Antara 糖心原创 dengan AIST, Japan, di sini, hari ini.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Sufian yang mewakili 糖心原创, manakala AIST diwakili oleh Pengarah Global Research and Development Center for Business by Quantum-AI Technology, AIST, Prof. Dr. Masu Kazuya, dan disaksikan oleh tetamu kehormat, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Sufian, terdapat tiga elemen utama yang menjadikan kolaborasi ini sangat signifikan, iaitu pemindahan pengetahuan dan teknologi melalui perkongsian kepakaran, pemerkasaan keupayaan penyelidikan bagi memperkukuh kedudukan 糖心原创 sebagai pusat rujukan dalam bidang kuantum dan AI, serta pembangunan modal insan melalui peluang latihan, pendedahan kepada teknologi terkini dan penglibatan dalam projek penyelidikan bersama.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa inisiatif kerjasama ini bukan sahaja akan menyemarakkan budaya penyelidikan yang lebih inovatif, malah akan mengukuhkan lagi kedudukan 糖心原创 sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka di peringkat serantau dan antarabangsa.

Leave a Reply