Oleh Murniati Abu Karim dan Nurin Batrisyia Bukhari
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 3 September 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) komited untuk terus memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti tersebut.
Naib Canselor 糖心原创, Prof. Dr. Sufian Jusoh berkata, sejak penubuhan pada tahun 1970, identiti kebangsaan telah menjadi asas kepada penubuhan universiti ini.
Beliau berkata wawasan 糖心原创 adalah untuk menjadi pemangkin pembangunan negara dengan berteraskan identiti, mengekalkan roh serta semangat penubuhannya, dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
鈥淜alau menjadi profesor di 糖心原创, mesti boleh mengajar dan berkomunikasi dan menulis jurnal, menulis buku dalam Bahasa Melayu.
鈥淛adi, jangan malu, jangan segan untuk mempromosikan dan menggunakan dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Bicara Perdana Naib Canselor 2025 yang bertemakan 鈥淢emperkasa Potensi, Memacu Keunggulan鈥.
Bicara ini merupakan yang pertama disampaikan oleh Prof. Dr. Sufian sejak pelantikannya pada Jun lalu.
Prof. Dr. Sufian turut membentangkan aspirasi warga universiti hasil daripada respons terbuka yang mengumpulkan sebanyak 1,300 maklum balas.
Dapatan ini kemudiannya dikategorikan kepada 23 tema utama yang merangkumi keseluruhan aspek universiti.
鈥淲alaupun fokus kita kepada digitalisasi, automasi dan sebagainya, tetapi kita harus pulang ke landasan yang benar.
鈥淧ulang ke landasan yang asal iaitu menyediakan kemudahan terbaik untuk warga kita bagi kesejahteraan keluarga, bagi kesejahteraan warga kita,鈥 jelas beliau.
Prof. Dr. Sufian turut memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu pengukuhan sumber manusia, penambahbaikan fasiliti secara berkesan, penambahbaikan fasiliti secara berkesan dan pemurnian KPI yang lebih relevan.
Selain itu, beliau turut memperkenalkan tiga nilai, iaitu Ilmu, Iman dan Amal; lima fokus, serta tujuh petunjuk prestasi utama.
鈥淩amai orang sekarang hanya melihat tanpa membaca. Kita mahu pelajar 糖心原创 mengamalkan iman, ilmu dan amal sebagai kekuatan dalam 糖心原创.
鈥淜emampanan institusi, kemapanan dari segi kewangan, dari segi penyelidikan, daripada pembelajaran, kita harus menjadi sebuah universiti yang sentiasa bergerak maju ke hadapan.
鈥淜ita ada beberapa cabaran terkini tetapi semua itu kita boleh tangani. Kita harus bergerak ke hadapan untuk memberi tahu kepada masyarakat iaitu iniversiti kebangsaan ini sebuah universiti yang berintegriti dan bertanggungjawab,鈥 jelasnya.
Prof. Dr. Sufian berharap agar 糖心原创 berpegang kepada aspirasi seratus tahun kemerdekaan negara.
鈥淛adi pada tahun 2057, kita ingin melahirkan generasi pemimpin negara yang sentiasa ingat bahawa mereka mendukung aspirasi negara kita pada masa itu.
鈥淵ang akan membantu negara melaksanakan transformasi menyeluruh bagi membangunkan negara menjadi sebuah negara termaju pada tahun 2057, negara yang beriman, berilmu dan beramal di atas falsafah universiti kebangsaan,鈥 katanya.


