Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 5 Disember 2022 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) meraikan seramai 165 orang pesara yang telah dan akan bersara bagi tempoh dari Januari hingga Disember tahun ini dalam Majlis Sanjungan Budi.
Mereka terdiri daripada pesara wajib, pesara pilihan dan dibersarakan atas sebab kesihatan dan yang telah meninggal dunia ketika dalam tempoh perkhidmatan.
Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua para pesara terhadap sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan.
鈥淧ersaraan bukanlah suatu pengakhiran, malah merupakan suatu perubahan fasa baharu dalam meniti kehidupan.
鈥淪egala kepakaran dan pengalaman yang diperoleh semasa berkhidmat boleh menjadi aset untuk terus menyumbang bakti terutamanya kepada masyarakat seperti melalui kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau lain- lain platform yang sesuai,鈥 katanya.
Tambahnya, pesara boleh mendaftar sebagai ahli Persatuan Pesara 糖心原创 bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti.
鈥淧ihak persatuan sentiasa berusaha bersama pengurusan Universiti dalam menjaga kebajikan ahli. Usaha ini dapat dilihat antaranya melalui peluasan skop penggunaan Kad Pesara 糖心原创.
鈥淧ara pesara dapat menikmati kemudahan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri serta mendapatkan kemudahan perkhidmatan di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Cabang 糖心原创.
鈥淧ara pesara juga layak menikmati diskaun bagi perkhidmatan di Poliklinik 糖心原创 Kesihatan, penggunaan dewan 糖心原创 dan kemudahan penginapan di makmal alami 糖心原创,鈥 katanya.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah 糖心原创 Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Pustakawan dan pihak pengurusan tertinggi universiti.


