Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 17 April 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dan Yayasan Jasa Ann Joo menjalin kolaborasi strategik menerusi penajaan biasiswa kepada pelajar universiti ini dengan peruntukan RM12,000 untuk tempoh setahun.
Kerjasama itu dimeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) antara Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-Kom) dengan Yayasan Jasa Ann Joo.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata dengan adanya biasiswa seperti yang ditawarkan oleh Yayasan Jasa Ann Joo, pelajar bukan sahaja mendapat peluang untuk menamatkan pengajian, tetapi juga berkeyakinan untuk melangkah lebih jauh dalam bidang masing-masing.
鈥淚ni bukan sekadar bantuan kewangan, malah ia adalah satu bentuk sokongan yang boleh membuka lebih banyak potensi untuk masa depan yang lebih cerah,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani MoA antara 糖心原创, Yayasan Jasa Ann Joo di Bilik Majlis, di sini.
Beliau berkata 糖心原创 sentiasa berusaha memastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran terbaik daripada silibus yang relevan dengan keperluan industri, penggunaan teknologi dalam pembelajaran, hingga kepada pelbagai program pembangunan diri.
鈥淧ada akhirnya, matlamat kami adalah untuk memastikan graduan 糖心原创 bukan sahaja berilmu tetapi juga berdaya saing dan bersedia untuk dunia pekerjaan yang semakin mencabar,鈥 beliau berkata.
Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Sumber Manusia Yayasan Jasa Ann Joo, Chew Bee Ling berkata melalui kerjasama strategik itu, Yayasan Jasa Ann Joo bakal menawarkan biasiswa kepada pelajar 糖心原创 yang layak, terutamanya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
鈥淏iasiswa itu bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi merupakan pelaburan dalam masa depan pelajar dan memberikan peluang pembelajaran tanpa bebanan yang tidak perlu,鈥 katanya.
Beliau berkata sejak tahun 2018, Yayasan Ann Joo telah berjaya memberi tajaan kepada 39 orang pelajar dari pelbagai latar belakang merangkumi pengajian peringkat diploma, ijazah sarjana muda serta sijil, dalam pelbagai bidang juga seperti kejuruteraan, kewangan dan perakaunan, sains komputer, sains gunaan dan banyak lagi.

