糖心原创

糖心原创 Bina Telaga Tiub, Bantu Penduduk Merbok Dapatkan Sumber Air Alternatif

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

SUNGAI PETANI, 25 Mei 2024 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menyumbang kepakaran dengan membina telaga tiub di Surau Nurul As-Sakinah, Taman Lembah Bujang, dekat sini bagi membantu penduduk di kawasan itu mendapat bekalan air alternatif.

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Prof Chm Dr Ishak Ahmad berkata pembinaan telaga tiub itu adalah hasil kerjasama antara 糖心原创 dengan Takaful IKHLAS General Berhad yang menyumbang dana sebanyak RM200,000.

鈥淎lhamdulillah, dengan kepakaran pasukan pengkaji 糖心原创 dalam mendapatkan sumber air alternatif, maka telaga ini dapat disiapkan sesuai dengan tempoh yang direncanakan,鈥 katanya.

Beliau berkata kerjasama itu membolehkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang di 糖心原创 menyumbang ilmu, kemahiran dan pengalaman.

鈥淪elain kepakaran dalam bidang kajian air yang digembleng melalui projek ini,  pakar dalam bidang lain seperti doktor perubatan juga turut terlibat sama dalam menjayakan Karnival Kesihatan 糖心原创 dan Program Mini Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat daerah Kuala Muda dengan disajikan pelbagai aktiviti dan pameran kesihatan yang menarik pada pagi ini,鈥 tambah beliau.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Agensi Takaful Ikhlas GENERAL Berhad, Hamzah Alias berharap agar projek telaga tiub yang kedua yang disumbangkan oleh syarikat takaful itu dapat memberi manfaat kepada penduduk Taman Lembah Bujang, dalam menyediakan sumber air bersih dan terawat.

鈥淪aya difahamkan masyarakat di sekitar taman perumahan ini amat terkesan dengan masalah bekalan air terutamanya ketika musim kemarau, manakala masalah kualiti air tercemar berlaku ketika musim hujan.

鈥淥leh yang demikian, projek telaga tiub ini bukan sekadar pembinaan infrastruktur, tetapi ia dapat membantu menyediakan kemudahan bekalan air bersih yang selamat kepada masyarakat setempat,鈥 katanya.

Beliau berkata kos perbelanjaan yang disumbangkan itu adalah melibatkan kos eksplorasi geologi dan geofizik, kos pembinaan telaga tiub dan sistem rawatan air.

Takaful Ikhlas sebelum ini telah bekerjsama dengan 糖心原创 pada tahun 2023 dalam pembinaan telaga tiub di Politeknik Kota Bharu, Kelantan, dan kerjasama itu telah berjaya memanfaatkan lebih daripada 1,000 orang pelajar dan masyarakat di sekitarnya.

Manakala 糖心原创 pula telah membina tiga telaga tiub termasuk satu di Kampung Labu Lanjut, Selangor.

Projek telaga tiub ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hariri Arifin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat,FST.

Leave a Reply