Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi
KUALA LUMPUR, 15 April 2026 鈥 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor 糖心原创 berkenan menyempurnakan majlis perasmian 1st Regional Conference on Precision Health (RCPH) 2026 di sini, hari ini.
RCPH merupakan platform serantau bagi pertukaran ilmu, teknologi dan amalan terbaik dalam bidang perubatan jitu (precision health) berasaskan data genomik dan pelbagai data multi-omik.
Persidangan yang dianjurkan oleh Institut Biologi Molekul Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-糖心原创) dengan kerjasama Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) ini menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari negara ASEAN dan rantau Asia-Pasifik.
Pada majlis tersebut, Tuanku Muhriz bertitah: 鈥淏eta berbangga dengan peranan penting yang terus dimainkan oleh universiti ini dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan.
鈥溙切脑 kini berada di barisan hadapan dalam memajukan kesihatan jitu (precision health) iaitu satu bidang yang semakin penting dalam perubatan moden.
鈥淧endekatan penjagaan kesihatan yang lebih tepat, pantas dan dihasilkan mengikut keperluan berpotensi membawa manfaat besar kepada pesakit serta keseluruhan sistem kesihatan.
鈥淧erkembangan dalam kesihatan jitu akan membawa kepada rawatan yang lebih berkesan dan diagnosis yang lebih awal, seterusnya menghasilkan penjagaan kesihatan yang lebih cekap, cepat, dan lebih berpatutan untuk rakyat,鈥 titah baginda.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur RCPH, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, perubatan jitu mengubah pendekatan rawatan yang bersifat ‘one-size-fits-all’ kepada pendekatan yang lebih tepat, bersasar dan berasaskan data.
鈥淢alaysia mempunyai kepelbagaian unik dan kini berdepan cabaran kesihatan yang semakin meningkat, khususnya penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease), penyakit berjangkit dan kanser.
鈥淧endekatan perubatan jitu menawarkan satu kaedah yang berpotensi untuk memperkukuh strategi pencegahan, meningkatkan ketepatan diagnosis, menambah baik keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan ubat, dan seterusnya menghasilkan hasil kesihatan yang lebih baik bagi individu serta populasi,鈥 katanya.
