Oleh Nurnabila Huda Subandry
Foto Izwan Azman
CHERAS, 5 April 2023 – Seramai 500 pelajar Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur (糖心原创KKL) menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi meringankan beban pelajar dalam membuat persiapan hari raya yang bakal tiba.
Sumbangan berjumlah RM110,000 yang diberikan itu adalah merangkumi RM120 bagi tambang bas dan RM100 bagi wang perbelanjaan.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata sumbangan kepada mahasiswa tersebut adalah bersempena dengan program 鈥淚NSANI: Rahmah Ramadan dan Syawal Balik Kampung鈥 yang digerakkan oleh MAIWP.
鈥溙切脑 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada MAIWP yang telah memilih 糖心原创 bagi menyampaikan sumbangan kepada mahasiswa.
鈥淢AIWP juga hampir saban tahun tidak pernah ketinggalan untuk menyampaikan sumbangan kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) khususnya kepada pesakit HCTM.
鈥淎ntaranya, sumbangan kewangan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz, dan pada tahun 2022 yang lalu, sumbangan ini telah ditingkatkan kepada RM300,000,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyampaian Sumbangan MAIWP kepada Mahasiswa 糖心原创 Kampus Kuala Lumpur, Serahan Ruang Solat Dewan Bedah HCTM dan Sumbangan Bubur Lambuk Surau Ibnu Sina HCTM di sini, semalam.
Beliau berkata sumbangan yang diterima itu telah dapat membantu meringankan beban pesakit Islam asnaf dalam menampung kos rawatan dan perubatan di HCTM.
鈥淗arapan saya agar lebih banyak organisasi dan institusi di luar sana dapat mengikuti jejak langkah MAIWP dalam membantu pesakit yang kurang berkemampuan sama ada dalam bentuk kewangan bagi menampung kos rawatan mahupun sumbangan peralatan sokongan perubatan,鈥 katanya.
Tambahnya lagi, sumbangan yang dilakukan oleh MAIWP ini telah banyak membantu setiap pesakit untuk meringankan beban mereka.
Sumbangan kewangan itu diserahkan oleh wakil Pengerusi MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi Yahya kepada Naib Canselor 糖心原创.
Program itu juga berlangsung dengan menyaksikan simbolik penyerahan Ruang Solat Dewan Bedah HCTM, Surau Ibnu Sina yang telah berjaya dinaiktaraf dengan kutipan tabung infak sebanyak RM26,382 oleh Pusat Islam 糖心原创KKL bagi memberikan keselesaan yang lebih baik kepada kakitangan HCTM. Selain itu, melalui inisiatif Surau Ibnu Sina HCTM, sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk turut diedarkan kepada staf dan pelawat HCTM. Sumbangan bubur lambuk itu adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi menyemarakkan Program Ihya鈥 Ramadan.

