糖心原创

Rakan Muda Diberi Nafas Baharu

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman


BANGI, 25 Jun 2023 鈥 Program Rakan Muda yang diberikan nafas baharu
memperkenalkan 10 gaya hidup, selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, inisiatif berkenaan adalah Rakan Aktif,
Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik,
Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.


Rakan Muda yang diperkenalkan pada tahun 1994 diberikan nafas baharu selaras
perkembangan teknologi.


鈥淒engan adanya nafas baru ini agak berbeza dulu semua dapat sijil tetapi sekarang semua
guna aplikasi yang ada rakan strategik iaitu Grab, Shopee, Lazada dan Food Panda.
鈥淏elia yang mendaftar akan dapat ganjaran daripada empat aplikasi yang popular ini,鈥
katanya.


Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengekalkan logo, lagu dan tagline
Rakan Muda 鈥榊akin Boleh鈥 versi 29 tahun lalu.


鈥淟agu, logo dan tagline dikekalkan. What is not broken, does not need to be fixed,鈥 (apa
yang tidak rosak, tidak perlu diperbaiki),鈥 katanya.


Majlis disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Canselor
Tunku Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创).
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah 糖心原创, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd.
Razak; Ahli LPU, Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts.
Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman

Leave a Reply