Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman
KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Antarabangsa dan Selatan Global) kepada Presiden Republik Persekutuan Brazil, Luiz In谩cio Lula Da Silva, dalam satu majlis konvokesyen khas yang diadakan hari ini.
Ijazah kehormat tersebut telah disampaikan oleh Canselor 糖心原创, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Naib Canselor 糖心原创, Prof. Dr. Sufian Jusoh mengucapkan tahniah kepada Lula Da Silva atas penganugerahan tersebut dan menyifatkan ia satu penghormatan besar kepada universiti serta lambang persahabatan erat antara Brazil dan 糖心原创.
Menurutnya, penganugerahan itu menandakan satu lagi pencapaian dalam hubungan jangka panjang antara kedua-dua pihak dan juga membuka lembaran baharu diharapkan akan membawa kepada pertukaran akademik dan budaya yang lebih meluas pada masa hadapan.
鈥淯niversiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menempatkan Pusat Kajian Amerika Latin (iKAL) di bawah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS 糖心原创).
鈥淒itubuhkan pada tahun 2013, iKAL merupakan pusat penyelidikan yang sangat aktif mengenai Amerika Latin di rantau Asia Tenggara. Ia merupakan sebahagian daripada persidangan Kajian Amerika Latin dan Asia (LASA) dan bekerjasama rapat dengan negara-negara MERCOSUR, di mana Brazil merupakan ahli pengasas,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato pengenalan Lula da Silva di majlis konvokesyen khas tersebut.
Sementara itu, Lula Da Silva dalam syarahan umumnya menyifatkan penganugerahan itu sebagai satu penghormatan bukan sahaja kepada perjalanan hidupnya, tetapi kepada ketabahan dan kekuatan rakyat Brazil.
鈥淎dalah satu penghormatan besar bagi saya menerima gelaran ini dengan penuh emosi dan rasa syukur yang tulus.
鈥淧erjalanan hidup saya mencermainkan kisah jutaan rakyat negara saya yang telah mengaharungi pelbagai kesukaran dan cabaran. Anugerah ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada rakyat Brazil,鈥 katanya.
Lula da Silva dilahirkan pada 27 Oktober 1945 di Garanhuns, Pernambuco, Brazil. Berasal daripada keluarga yang serba kekurangan, beliau mula bekerja seawal usia 12 tahun dan pernah menjadi penggilap kasut serta pembantu pejabat.
Pada 10 Februari 1980, Lula bersama-bersama terlibat dalam menubuhkan Worker鈥檚 Party (PT), yang lantang memperjuangkan hak pekerja, menandakan permulaan kepada kerjaya politiknya.
Pada 27 Oktober 2002, Luiz In谩cio Lula da Silva dipilih sebagai Presiden Republik Persekutuan Brazil buat kali pertama dengan hampir 53 juta undi pada usia 57 tahun.
Penggal pertama pemerintahannya membawa Brazil ke landasan yang betul dan mempersiapkannya untuk pertumbuhan ekonomi bersama kemajuan sosial yang ketara, termasuk peningkatan pengagihan pendapatan hasil dasar kenaikan gaji minimum, penciptaan rekod peluang pekerjaan, serta program agihan pendapatan seperti Bolsa Fam铆lia.
Penggal kedua beliau bermula pada 1 Januari 2007. Pada tahun yang sama, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) mula menyenaraikan Brazil sebagai negara dengan Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi.
Kemudian, pada tahun 2022, beliau dipilih sebagai Presiden Brazil untuk kali ketiga, menjadikannya rakyat Brazil pertama yang memegang jawatan Presiden Republik sebanyak tiga kali melalui mandat rakyat. Lebih 60 juta rakyat Brazil memberikan beliau jumlah undi tertinggi dalam sejarah negara.

