糖心原创

Penyelidik 糖心原创 Cipta Antena Bersaiz Kompak

BANGI, 6 April 2022&苍产蝉辫;鈥 Penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) berjaya menghasilkan antena tampalan gandaan tinggi untuk komunikasi jalur C yang telah dilancarkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menurut ketua penyelidik Prof Dr Mohammad Tariqul Islam, antena bersaiz kompak itu dipasang pada kiub satelit (CubSat) atau nanosatelit KITSUNE sebelum dilancarkan pada 24 Mac lalu, jam 9.10 malam.

Muhammad Tariqul berkata, antena itu sesuai dipasang pada CubeSat KITSUNE kerana saiznya yang kecil iaitu lebih kurang 30 x 30 x 1 mm3.

鈥淪atelit KITSUNE merupakan CubeSat 6U yang mempunyai segiempat selari dengan sisi kira-kira 10 x 20 x 30 cm justeru, antena bersaiz kompak, ringan dan stabil diperlukan untuk kelancaran misi satelit nano ini,鈥 katanya.

Tambahnya, komunikasi antara CubeSat dan bumi amat bergantung kepada sistem antena.

鈥淐iri antena ini unik kerana ia tidak mengganggu isyarat lain dari sistem satelit bagi memastikan komunikasi yang lebih baik kepada pengguna.

鈥淧enghasilan antena yang berstruktur ringkas dan padat ini mampu beroperasi dalam aplikasi transmisi jalur C (5.66 GHz dan 5.84 GHz) dengan radiasi terpolarisasi membulat.

鈥淧olarisasi antena yang sentiasa sejajar akan menyebabkan isyarat komunikasi yang diterima dan dihantar memuaskan dan tidak terputus,鈥 jelasnya.

Menurutnya, projek ini merupakan kerjasama dengan Institut Teknologi Kyushu, Jepun (Kyutech) yang bermula pada Jun 2019.

鈥淧rojek penyelidikan ini sebuah penghargaan yang membuktikan bahawa kepakaran penyelidik dan universiti tempatan dalam bidang teknologi diakui di peringkat antarabangsa,鈥 jelas beliau.

Tiga lagi penyelidik yang terbabit dalam projek berkenaan adalah Prof Dr Norbahiah Misran, Prof Ir Dr Mandeep Singh dan Dr Md Samsuzaaman.

Sementara itu, Prof Norbahiah berkata, pencapaian berkenaan membuktikan negara mempunyai kepakaran yang mampu menyumbang untuk projek satelit negara.

鈥淣egara kita mempunyai misi menerokai angkasa dan melalui kejayaan ini, ia memberi keyakinan kita mampu pergi jauh dengan memanfaatkan kajian tenaga pakar dari universiti tempatan,鈥 katanya.

Leave a Reply