
Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Shahidan Saidi
Bangi, 23 Ogos 2022 鈥 Warga 糖心原创 diseru untuk memahami erti kemerdekaan yang sebenar supaya dapat benar-benar memahami makna merdeka atau bebas itu sendiri dalam konteks yang lebih luas.
Naib Canselor, Prof Dato鈥 Gs. Ts. Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata kemerdekaan membawa makna yang besar sekiranya kita benar-benar memahaminya. Bukan sekadar laungan kemerdekaan mahupun olahan kisah sejarah semata-mata, namun kebebasan disebalik erti kemerdekaan itu sendiri membawa konotasi yang lebih mendalam sekiranya kita semua mampu memahaminya jauh ke dasar.
鈥 Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal semata-mata. Merdeka adalah kebebasan berfikir dan bertindak dengan penuh kematangan, tanpa melanggar batasan.鈥
Nilai jati diri turut menjadi salah satu aspek yang ditekankan sebagai asas dalam diri warga 糖心原创. Malah 糖心原创, turut memainkan peranan penting dalam usaha memperkukuhkan jati diri dan nilai murni dalam kalangan semua warganya. Hal ini dibuktikan melalui program-program anjuran 糖心原创 itu sendiri, seperti program bual bicara, aktiviti sukan, kesukarelawanan dan sebagainya.
鈥淪aya percaya, semuanya bermula dengan pengukuhan nilai jati diri dan kekeluargaan dalam warga 糖心原创. Nilai ini sememangnya terkandung dalam Kerangka TERAS yang sedang kita amalkan鈥.
Dalam majlis yang sama, beliau turut menekankan nilai-nilai lain yang menjadi aspek penting bagi memastikan kesejahteraan masyarakat khususnya warga 糖心原创.
鈥淭idak dapat dinafikan, menghargai dan memahami sejarah tanah air merupakan satu prasyarat utama dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat.鈥
鈥淪ikap saling menghormati dan meraikan pendapat juga akan menghasilkan keharmonian dalam kalangan warga.鈥
Sebelum mengakhiri ucapan ketika Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Peringkat 糖心原创 2022, beliau sekali lagi menekankan untuk semua warga mengambil ruang dan peluang untuk mendalami erti sebenar kemerdekaan agar semangat patriotisme dan cintakan tanah air dapat disemarakkan dalam diri warga 糖心原创. Antara yang turut hadir ketika majlis ialah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak, Rektor Universitas Muslim Indonesia (UMI), YBhg. Dr. Prof. Basri Modding, YBhg. Timbalan-timbalan Naib Canselor 糖心原创 serta pengursan tertinggi 糖心原创.

