Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 10 Jun 2025 鈥 Naib Canselor baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创), Profesor Dr. Sufian Jusoh komited dalam memacu universiti tersebut sebagai satu institusi yang berteraskan identiti nasional, menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional serta diiktiraf oleh masyarakat global.
Dalam ucapannya di majlis serah terima tugas semalam, Prof. Dr. Sufian menegaskan bahawa hal ini selari dengan semangat perjuangan penubuhan 糖心原创 pada 1970, yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.
鈥淪aya ingin menyeru kepada semua warga 糖心原创 untuk bersama-sama mengorak langkah sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan satu hasrat iaitu untuk menyumbang kepada 糖心原创 yang ditubuhkan dengan cita-cita dan impian rakyat Malaysia, dengan sumbangan dari pelbagai pelusuk masyarakat,鈥 katanya.
Beliau turut berhasrat untuk membawa 糖心原创 kembali fokus kepada bidang ilmu sains dan teknologi seperti yang digariskan oleh Perintah (Perbadanan) 糖心原创 1971.
鈥淧erintah tersebut menyebut fokus 糖心原创 ialah kepada ilmu, penyelidikan, pengumpulan dan kemajuan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan, dalam bidang sains dan teknologi seperti Sains Jati, Sains Gunaan, Sains Perubatan, Sains Farmasi, Sains Kejuruteraan, Teknologi serta Sains Kemasyarakatan, Bidang Kemanusiaan, Pendidikan, Undang-Undang Islam dan Teologi Perbandingan, Ilmu Akaun, Kewartawanan.
鈥淛usteru, 糖心原创 akan diangkat sebagai sebuah Universiti penyelidikan tersohor di dunia, dengan fokus kepada rantau ASEAN, yang terdapat beberapa negara serumpun Nusantara, yang bahasanya bertunjangkan Bahasa Melayu,鈥 katanya.
Menurut Prof. Dr. Sufian 糖心原创 perlu menangani tiga cabaran utama iaitu iaitu kebolehpasaran graduan, kelestarian kewangan, dan peranan universiti sebagai pemangkin pembangunan negara.
Beliau juga berharap agar 糖心原创 mempunyai sistem tatakelola yang mantap, berintegriti tinggi, terbuka dalam berkongsi pandangan setiap warga universiti.
Selain itu, Prof. Dr. Sufian turut menggariskan lima keutamaan bagi 糖心原创.
鈥淧ertama, 糖心原创 lebih inovatif dalam menerapkan pengajaran, penyelidikan serta inovasi dalam pelbagai disiplin, di mana sains merangkumi sains semula jadi, subjek teknikal dan sains sosial.
鈥淜edua, warga 糖心原创 bekerjasama rapat antara satu sama lain, melalui hubungan teknologi dan kepakaran yang lebih rapat.
鈥淜etiga, 糖心原创 berkolaborasi rapat dengan industri untuk menentukan keperluan pengajaran dan latihan serta membiayai penyelidikan. Kerjasama dengan industri bagi mengenal pasti keperluan industri, membangunkan bakat dan kemahiran perlu dieratkan.
“Lebih penting lagi, penyedia pendidikan dan latihan mesti menghasilkan bakat yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam industri dan teknologi, dan ini adalah satu bidang di mana industri mesti bekerjasama dengan sektor awam.
鈥淜eempat, 糖心原创 melaksanakan Indikator Prestasi Utama yang fleksibel dan pelbagai yang memenuhi keperluan jabatan masing-masing, di mana pengumpulan dana dan bilangan pelajar tidak semestinya menjadi indikator utama.
鈥淜elima, 糖心原创 mengadakan institut penyelidikan rentas disiplin dalam sains dan teknologi serta sains sosial sebagai jalan ke depan dalam penyelidikan,鈥 katanya.
Prof. Dr. Sufian telah dilantik sebagai Naib Canselor baharu 糖心原创 yang ke-14 berkuat kuasa 5 Jun lalu.
Hadir sama ke majlis itu adalah mantan-mantan Naib Canselor.

