糖心原创

MUIB Peroleh Hak Perlesenan 糖心原创, Tingkatkan Keupayaan Pesakit Selepas Pembedahan ACL

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 26 Mac 2025 鈥 Inovasi geraf gantian ligamen krusiat anterior (ACL) dan posterior (PCL) yang dikenali sebagai Modified 糖心原创 Internal Brace (MUIB) terbukti berkesan membantu pesakit kembali aktif dalam sukan selepas pembedahan rekonstruksi ligamen.

Menurut ketua penyelidik Prof. Madya Dato鈥 Dr. Badrul Akmal Hisham Md Yusoff, lebih daripada 300 pesakit yang kebanyakannya terdiri daripada atlet sukan dan individu yang menjalani gaya hidup aktif telah menjalani prosedur ini mengakui dapat merasakan kestabilan lutut yang dibedah amat memberangsangkan.

鈥淜eberkesanan prosedur ini memberikan mereka tahap keyakinan optimum, sekaligus membolehkan mereka kembali aktif dan mencapai prestasi seperti sediakala sebelum mengalami kecederaan ACL,鈥 katanya.

Tambahnya, teknik inovatif yang digunakan sejak 2018 itu melibatkan penggunaan graf dengan pendakap dalaman iaitu berbeza dengan kaedah lain yang terdapat di pasaran.

“Sebenarnya, rawatan untuk pembedahan ACL memang sudah ada. Cuma kita membuat inovasi dari segi penyediaan graf gantian untuk ACL yang tercedera, sebab dalam (rawatan) ACL kalau ligamen koyak tidak boleh dijahit, perlu rekonstruksi.

“Kenapa MUIB? Sebab ramai pesakit kita adalah atlet dan ahli sukan yang aktif serta serius. Mereka menginginkan keadaan ligamen yang benar-benar normal selepas pembedahan kerana pesakit dengan kecederaan ACL biasanya bimbang tentang kemungkinan ligamen yang longgar selepas pembedahan,” katanya.

Modified 糖心原创 Internal Brace (MUIB) yang merupakan hasil inovasi pensyarah Fakulti Perubatan dan syarikat pemula 糖心原创, KL Orthosports Sdn Bhd telah memperoleh hak perlesenan untuk pemasaran dan komersialisasi inovasi tersebut.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara KL Orthosports Sdn Bhd dan syarikat peranti perubatan ortopedik tempatan, Evo Med Sdn Bhd bagi menyediakan latihan khusus untuk pakar ortopedik menjalankan pembedahan penggantian rekonstruksi ligament ACL/PCL lutut serta penyediaan geraf inovasi MUIB.

Melalui MoU ini juga beberapa inovasi peranti ortopedik untuk pembedahan ACL dan lutut akan dibangunkan.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan geran kewangan berjumlah RM171,200 oleh SME Corp melalui Program Ekosistem Inklusif (i-SEE) yang menggalakkan inovator/syarikat melaksanakan projek inovasi yang menyediakan produk atau perkhidmatan untuk menggalakkan transformasi.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah, Professor Emeritus Dato Dr. Mohamad Abdul Razak berkata 糖心原创 amat berbangga kerana berjaya mengekalkan 鈥榯补濒别苍迟鈥 atau kepakaran khusus yang menjadi sumber inspirasi kepada para penyelidik muda yang lain.

鈥淗al ini hanya boleh berhasil kerana semua pihak telah menjalankan peranan masing-masing yang menyumbangkan kepada satu ekosistem yang sangat kondusif dan hebat bagi para pakar perubatan, pensyarah serta cendekiawan 糖心原创 untuk terus menerus menghasilkan ciptaan dan inovasi bertaraf dunia demi manfaat kepada rakyat dan negara.

鈥溙切脑 akan sentiasa terkehadapan dalam memperkenalkan inisiatif khas bagi memastikan para intelektual negara kekal bersama insititusi dalam negara,鈥 jelasnya.

Leave a Reply