Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat
KUALA LUMPUR, 8 November 2023 – Lebih 1,000 pemimpin pendidikan tinggi dari dalam dan luar negara menghadiri QS Higher Ed Summit: Asia Pacific 2023 yang didakan di Pusat Lonvensyen Kuala Lumpur bermula 7 hingga 9 November 2023.
Persidangan yang memfokuskan kepada universiti dan pekerjaan masa depan dianjurkan bersama antara Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (糖心原创Shape), Education Malaysia Global Services (EMGS) dan dihoskan bersama Applied Science Private University.
Persidangan tiga hari tu turut mengumpulkan lebih 160 ahli panel dari pelbagai universiti, organisasi, para penggubal dasar, institusi dan pakar bagi memupuk kerjasama dalam mengatasi cabaran dan meningkatkan kualiti sektor pendidikan tinggi dari dalam dan luar negara.
Naib Canselor 糖心原创, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman dalam ucapannya berkata QS Ed Summit itu merupakan platform yang penting kepada 糖心原创 dalam melibatkan diri dengan universiti terkemuka luar negara, mempromosikan kemampanan dan penyelidikan translasi, yang merupakan kriteria utama daam sistem penarafan QS.
鈥淜ita yakin persidangan ini akan memberikan pandangan berharga tentang peranan penting universiti dalam membentuk negara yang lebih baik dan menyampaikan sumbangan mendalam kepada masyarakat,鈥 katanya.
Beliau berkata 糖心原创 sangat komited dalam menerima pengantarabangsaan dan mengiktirafnya sebagai komponen penting dalam pendidikan tinggi Malaysia pada abad ini.
鈥淜ami juga berdedikasi untuk meningkatkan usaha penyelidikan translasi, seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,鈥 katanya.
Tambah beliau, menyedari landskap semasa dengan perkembangan teknologi baharu, sidang kemuncak tahun itu memfokuskan kepada 10 bidang khusus seperti Penglibatan Global, Kebolehkerjaan dan Hasil, Penyelidikan dan Penemuan, Kemampanan, Inovasi & Pemindahan Pengetahuan, Permintaan Pelajar dan banyak lagi.
鈥淚ni adalah antara aspek terpenting yang harus dipertimbangkan oleh semua pendidik dan pihak berkepentingan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk generasi masa depan kita.
鈥淪aya amat berharap agar persidangan ini akan menyemarakkan semangat kita dalam mencipta dan menyampaikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang luar biasa,鈥 katanya.
Beliau berharap agar persidangan itu akan membawa kepada kecemerlangan dalam kerjasama semua penggiat pendidikan tinggi dunia untuk mencapai matlamat yang diketengahkan.
鈥淪aya percaya bahawa universiti memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada hasil yang lebih baik pada masa hadapan dalam pelbagai cara.
鈥淪elain daripada menawarkan program dan ijazah khusus yang menyediakan individu untuk kerjaya dalam pelbagai bidang, universiti juga berfungsi sebagai platform utama untuk aktiviti penyelidikan dan inovasi, di mana fakulti dan pelajar terlibat dalam penyelidikan canggih merentasi pelbagai disiplin.
鈥淯saha penyelidikan mereka membawa kepada penemuan, kemajuan dalam teknologi dan penyelesaian kepada cabaran global yang mendesak,鈥 tambah beliau.
Bertemakan Creating the Right Outcomes: Universities and the Future of Work in the Asia Pacific., QS Ed Summit itu disempurnakan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Antara lain yang hadir adalah semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QS, Jessica Turner; Naib Presiden Kanan QS, Ben Sowter; CEO EMGS merangkap penganjur bersama, En Novie Tajuddin, Timbalan Naib Canselor 糖心原创, Pendaftar, Bendahari dan Pengurusan Tertinggi 糖心原创.

