糖心原创

Ketua Polis Negara Dilantik Sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Dan Teknologi 糖心原创

Oleh Asmahanim Amir
Foto Kamarul Arifin Mohd. Sanusi

BANGI, 13 Disember 2024 鈥 Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai  Profesor Adjung Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创), hari ini.

Pelantikan ini diberikan sebagai penghormatan tertinggi 糖心原创 terhadap kepakaran, pengalaman, dan sumbangan signifikan Tan Sri Razarudin dalam bidang kepolisan, keselamatan negara, dan ketenteraman awam.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, lantikan itu bukan sahaja mengiktiraf pencapaian cemerlang Tan Sri Razarudin tetapi juga mewujudkan peluang besar untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara akademia dan sektor kepolisan.

鈥淜erjasama rasmi antara 糖心原创 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah lama terjalin, termasuk usaha signifikan dalam menangani ancaman bahan psikoaktif baharu (NPS) melalui pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan.

鈥淧rojek kerjasama yang melibatkan beberapa fakulti utama di 糖心原创 telah menghasilkan impak besar, termasuk pembangunan teknologi, aturcara latihan profesional untuk kakitangan PDRM, dan penyelidikan bernilai RM8.48 juta.

“Kepakaran Tan Sri Razarudin akan memberi nilai tambah kepada usaha kami (糖心原创) untuk meningkatkan mutu program akademik, penyelidikan, serta fasiliti universiti,” Ujar Prof Dato鈥 Dr Wan Kamal.

Katanya, dengan pelantikan tersebut, 糖心原创 berharap dapat memperkukuh peranan universiti sebagai peneraju dalam pelbagai bidang penyelidikan dan inovasi, sejajar dengan visi sebagai universiti watan.

Majlis hari ini menjadi titik tolak kepada hubungan lebih erat antara 糖心原创 dan PDRM, khususnya dalam bidang keselamatan awam, serta menyumbang kepada agenda pembangunan negara secara menyeluruh.

Sementara itu, Tan Sri Razarudin turut menyampaikan Syarahan Profesor Adjung bertajuk Menangangi Cabaran Narkotik dan NPS: Sains dan Teknologi Sebagai Senjata dan Force Multiplier.

Dalam syarahannya, beliau berkata kerjasama antara 糖心原创 dan PDRM, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) adalah melibatkan beberapa aspek yang berbeza iaitu membolehkan asal usul bahan narkotik, khususnya NPS dikesan secara forensik dan memahami dos dan kesan ketagihan NPS.

鈥淜erjasama ini juga adalah bagi mewujudkan sistem maklumat forensik molekul bagi NPS, membolehkan NPS dikesan dan dikenalpasti dengan mudah di lapangan dan mengesan kehadiran bahan narkotik, khususnya NPS di sampel air kumbahan,鈥 katanya.

Tan Sri Razarudin yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak Jun 2023, merupakan alumni 糖心原创 dan pernah dianugerahkan sebagai graduan terbaik dalam program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan pada tahun 2011.

Majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium Permata Pintar, 糖心原创 ini turut dihadiri oleh Pengarah JSJN, Datuk Seri Khaw Kok Chin, Ketua Program bagi usahasama PDRM dengan 糖心原创, Prof. Dato’ ChM. Dr. Mohammad Kassim dan Dekan FST, Prof ChM Dr Ishak Ahmad.

Leave a Reply