Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
KUALA LUMPUR , 14 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (糖心原创SC) mengadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memperkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football (PSCiF) Level 1 Certification.
Sijil ini adalah bagi memperkukuh kecekapan pegawai pasukan, jurulatih dan tenaga perubatan dalam pengendalian kecemasan di padang.
Usaha ini merangkumi penilaian risiko kecederaan, pembangunan protokol kecemasan, serta pengukuhan pemahaman mengenai kecederaan kardiovaskular, trauma neurologi dan kecederaan muskuloskeletal dalam kalangan pemain.
Pengarah Perubatan 糖心原创SC, Prof Madya Dato鈥 Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff berkata 糖心原创SC sentiasa bersedia menerajui rawatan berasaskan teknologi dan inovasi terkini.
鈥淗al ini selaras dalam memastikan pemain bola sepak Malaysia mendapat akses kepada rawatan yang setanding dengan piawaian antarabangsa.
鈥淭ambahan pula, 糖心原创SC komited untuk menyokong pemain negara bukan sahaja ketika mereka cedera, tetapi juga dalam pencegahan, pemulihan dan pembangunan prestasi jangka panjang.
鈥淜ami amat menyayangi dan menghargai atlet negara oleh itu, sokongan kami adalah menyeluruh dan berterusan,鈥 katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali yang merasmikan majlis ini berkata kerjasama dengan FAM ini juga mencerminkan peranan universiti sebagai rakan strategik pembangunan nasional, khususnya dalam memastikan keselamatan atlet negara.
鈥淚a juga membuka ruang baharu dalam penyelidikan klinikal, pembangunan modul latihan perubatan sukan, serta peluang latihan untuk pelajar dan pakar 糖心原创 di peringkat nasional dan antarabangsa.
鈥淪aya berharap agar kolaborasi antara 糖心原创SC dan FAM ini akan menjadi model terbaik jalinan antara akademia dan industri sukan, dan memberi impak besar terhadap budaya 鈥渂ola sepak selamat鈥 di Malaysia,鈥 katanya.
Sebagai langkah awal kerjasama, Simposium Perubatan Bola Sepak dan PSCiF Level 1 telah dianjurkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih, meningkatkan kesedaran terhadap kecederaan sukan serta memantapkan tahap kesiapsiagaan perubatan dalam perlawanan bola sepak di seluruh negara.
Inisiatif ini membentuk rangka kerja latihan perubatan yang tersusun dan berstandard, sekali gus mencerminkan komitmen bersama 糖心原创SC dan FAM dalam mewujudkan sistem tindak balas kecemasan yang lebih cekap, selamat dan konsisten.

