糖心原创

Kerjasama 糖心原创 dan Kamakura Women鈥檚 University Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa

Oleh Melor Suria Minhat
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 11 Mac 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kamakura Women鈥檚 University, Jepun bagi memperluas kolaborasi akademik dan pembangunan pendidikan.

Dokumen MoU tersebut ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali yang mewakili 糖心原创, manakala Kamakura Women鈥檚 University diwakili oleh Naib Presidennya, Prof. Dr. Fumitake Fukui.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama termasuk penyelidikan dan penerbitan bersama, mobiliti pelajar serta staf akademik, pembangunan program akademik dan latihan profesional, inovasi dan pengkomersialan, selain penganjuran persidangan serta forum akademik secara kolaboratif.

Dalam ucapannya, Prof. Dr. Bariah berkata kerjasama tersebut selaras dengan komitmen 糖心原创 dalam memperkukuh pendidikan berkualiti dan memperluas jaringan kerjasama global dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, sebagai universiti kebangsaan, 糖心原创 terus komited dalam mencapai kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak serta perkhidmatan kepada masyarakat, selain memperkukuh kedudukan universiti di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi antarabangsa mampu memperkasa pembangunan bakat, meningkatkan produktiviti akademik serta memperluas perkongsian ilmu antara komuniti akademik global.

鈥淒alam masa yang sama, 糖心原创 kekal komited memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selaras dengan identiti 糖心原创 sebagai universiti kebangsaan,鈥 katanya.

Beliau turut berharap MoU tersebut dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan inisiatif kerjasama yang tersusun dan berimpak tinggi, khususnya dalam bidang pendidikan bahasa, pendidikan guru serta penyelidikan.

Pemeteraian MoU itu diharap menjadi platform kukuh dalam memperkasa kerjasama pendidikan, penyelidikan dan perkongsian kepakaran secara berterusan antara kedua-dua institusi.

Leave a Reply