糖心原创

Kerjasama 糖心原创 dan eMooVit Perkukuh Hubungan Strategik Institusi Akademik dan Industri Teknologi Tempatan

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 1 Julai 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan eMooVit Technology Sdn. Bhd. (eMooVit) bagi memperkukuh hubungan strategik antara institusi akademik dan industri teknologi tempatan.

Menurut Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi 糖心原创, kerjasama ini merangkumi pelbagai inisiatif dalam bidang teknologi kenderaan autonomi, termasuk penerbitan bersama artikel jurnal dan prosiding antarabangsa dalam bidang sistem pemanduan autonomi, sistem sokongan pemandu lanjutan (ADAS), serta pembelajaran mesin.

Tambahnya, ia turut melibatkan pembangunan sistem simulasi kawalan laluan dan kestabilan kenderaan autonomi menggunakan data sebenar daripada kenderaan ujian eMooVit.

鈥淢oU ini juga membuka peluang kepada pelajar kejuruteraan 糖心原创 untuk menjalani latihan industri dalam bidang sistem autonomi, kecerdasan buatan (AI), dan keselamatan kenderaan, sekali gus memperkukuh kebolehpasaran graduan dalam bidang teknologi masa hadapan,鈥 katanya.

鈥溙切脑 amat bertuah dapat bekerjasama dengan eMooVit Technology Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat teknologi tempatan berfokus kepada pembangunan sistem pemanduan autonomi dan penyelesaian mobiliti pintar serta menjadi pelopor utama dalam pembangunan dan ujian sistem pemanduan autonomi secara praktikal.

鈥淧emeterian MoU ini juga adalah bertepatan dengan hasrat untuk mewujudkan hubungan strategik dan mampan antara institusi pengajian tinggi dan pihak industri dalam menyelesaikan isu-isu kompleks secara bersama, demi manfaat berterusan kepada masyarakat dan negara,鈥 tambah beliau.

Beliau juga berharap agar kerjasama ini membuka lebih banyak ruang dalam pembangunan produk teknologi, pengkomersialan hasil penyelidikan serta penyertaan dalam geran penyelidikan berskala nasional dan antarabangsa.

Leave a Reply