
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
Shah Alam, 8 Ogos 2022 – Kerjasama strategik yang terjalin antara Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dengan Management and Science University (MSU) bakal memberi impak besar terhadapat kecemerlangan pendidikan terutamanya pendidikan perubatan.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 糖心原创 amat mengalu-alukan kolaborasi sebegini bagi meningkatkan dan memperkasakan penyelidikan yang bersifat multidisplin.
鈥淜erjasama ini juga dapat memberi peluang bagi penyeliaan bersama untuk program pascadoktoral dan pelbagai program pascasiswazah.
鈥淪aya dimaklumkan kerjasama ini juga akan dijadikan landasan untuk melaksanakan aktiviti pertukaran pelajar dan kakitangan bagi pembangunan pembelajaran dan pengkongsian amalan terbaik dalam kalangan warga kedua-dua buah universiti,鈥 katanya semasa Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara 糖心原创 dengan MSU, baru-baru ini.
Katanya, beliau yakin dengan kewibawaan dan kepakaran yang ada di MSU, kerjasama tersebut akan memberi impak yang besar kepada kecemerlangan 糖心原创 terutamanya kepada Fakulti Perubatan 糖心原创.
鈥淒engan sejarah penubuhan yang panjang, sehingga kini, Fakulti Perubatan 糖心原创 terus berjaya menjadi hab akademik perubatan yang terkehadapan dan berdaya saing berteraskan ilmu, inovasi dan pasukan profesional perubatan yang berdedikasi dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.
鈥淪aya berharap dengan kepakaran ini, Fakulti Perubatan 糖心原创 berupaya menyediakan ekosistem ilmu berteraskan penyelidikan dan inovasi terkini yang akan memberi manfaat dan kejayaan kepada MoU yang dimeterai ini,鈥 katanya.
Sementara itu, Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dato鈥 Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid berkata, selain kerjasama penyelidikan bersama, beliau berharap agar kedua-dua institusi pendidikan tersebut dapat membuat sekurang-kurangnya satu program double degree atau dual degree.
鈥淜ami dah banyak buat kerjasama dalam membangunkan program double degree, tapi kami masih belum ada kerjasama program ini dengan universiti tempatan. Jadi, saya harap kita dapat lakukan kerjasama ini dengan 糖心原创.
鈥淜ami juga sedang mencari lebih banyak kerjasama dalam berkongsi kemudahan, bagaimana kita (MSU dan 糖心原创) bekerja untuk berkongsi hospital swasta dan awam? Ini yang kita benar-benar perlukan lebih banyak kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam,鈥 katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi 糖心原创, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, dan Pengarah Hospital Pakar Kanak-kanak 糖心原创, Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap.
