糖心原创

Kerjasama FST dan Orogenic Resources Bakal Wujudkan Pusat Arkib Geologi

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 13 Disember 2022 – Kerjasama yang terjalin antara Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan Orogenic Resources Sdn Bhd melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian Kerjasama bakal menubuhkan Pusat Arkib Geologi atau 鈥楪eological Archieve Centre鈥 di fakulti tersebut.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata penubuhan Pusat Arkib Geologi itu adalah salah satu projek menaiktaraf kemudahan makmal di Bangunan Geologi, FST.

鈥淢elalui kolaborasi ini juga, pelbagai aktiviti susulan bersama pihak Orogenic Resources Sdn. Bhd. akan dilakukan dalam memeriahkan penggunaan ruang tersebut selepas proses naik taraf selesai kelak,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara 糖心原创 dengan Orogenic Resources Sdn. Bhd. di sini, baru-baru ini.

Dokumen perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah yang mewakili 糖心原创 dan Pengarah Urusan Orogenic Resources Sdn Bhd, Ahmad Tariq Ahmad Ziyad yang mewakili Orogenic Resources Sdn Bhd.

鈥淪aya bagi pihak 糖心原创 mengucapkan terima kasih kepada pihak Orogenic Resources Sdn. Bhd., atas kesudian untuk berkunjung ke 糖心原创 dan memberi sumbangan dana tajaan bagi proses naik taraf sebahagian paras L, Bangunan Geologi.

鈥淪aya amat berharap agar lebih banyak kerjasama bersama 糖心原创聽 dapat dilaksanakan pada masa akan datang,鈥 katanya. Hadir sama ke majlis itu ialah Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad dan Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed.

Leave a Reply