糖心原创

Karya Seni Mampu Terjemahkan Emosi Kompleks

Oleh Asmahanim Amir

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2025 鈥 Seni merupakan satu medium ekspresi yang unik kerana ia mampu menyampaikan emosi kompleks yang kadang kala sukar diterjemahkan melalui kata-kata.

Dalam konteks kesihatan mental, seni memberi ruang kepada individu untuk meluahkan perasaan, memahami pengalaman yang dialami dan memproses konflik dalaman secara kreatif.

Pensyarah Perubatan, Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan Univerisiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创), Dr Fitri Fareez Ramli berkata sebahagian individu cenderung memendam emosi atau tidak tahu cara untuk berkongsi kesusahan yang dihadapinya.

鈥淛adi, melalui seni visual, mereka berpeluang menyalurkan perasaan tersebut secara simbolik kerana proses melukis itu sendiri boleh menjadi terapi.

鈥淪elain itu, ia (seni) juga membantu untuk mengurangkan tekanan perasaan dan mengalihkan fokus pemikiran negatif yang berulang kepada aktiviti melukis,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi juri jemputan pertandingan Mental Health Art Competition anjuran Student Counselling Services (SCS),di IMU University, baru-baru ini.

Pertandingan seni itu menghimpunkan bakat kreatif pelajar IMU dalam tiga kategori seni visual iaitu lukisan, catan dan fotografi, dan para pemenang diumumkan dalam majlis “Beyond the Canvas鈥.

Majlis itu turut diserikan dengan pameran seni, persembahan muzik dan reruai-reruai yang bertemakan kesihatan mental.

Mengulas berkenaan pertandingan tersebut, Dr Fitri Fareez berkata para peserta diminta menghasilkan karya seni untuk mengekspresikan emosi dan berkongsi tentang naratif di sebalik karya yang dihasilkan.

鈥淛adi, karya-karya seni visual yang dihasilkan oleh peserta menggambarkan pelbagai tema termasuk harapan, perjuangan hidup, kebebasan yang diragut (Palestin), keyakinan diri, kasih terhadap diri sendiri dan banyak lagi,鈥 ujarnya. 

Pada majlis itu, Dr Fitri Fareez turut diberi penghormatan untuk mempamerkan tujuh karya seni peribadi daripada koleksi beliau iaitu 鈥淜embara dan Suratan鈥, yang merangkumi lukisan berjudul Waktu, Akar, Perasaan, Pancaran, Terasing, Teruja dan Mekar. Karya-karya yang dipamerkan tersebut mengetengahkan gabungan elemen emosi positif dan negatif, nilai kehidupan, dan pengalaman hidup ketika berdepan cabaran.

Beliau percaya bahawa seni lukisan dan tulisan yang dihasilkan seharusnya memberikan satu platform untuk menyampaikan mesej yang lebih penting kepada masyarakat.

Dr Fitri Fareez yang aktif dalam penyelidikan neuropsikofarmakologi mempunyai minat yang mendalam untuk menggabungkan seni dan sains dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan mental.

Katanya, aktiviti seumpama itu boleh diperluaskan dengan memasukkan bentuk seni lain seperti puisi, muzik, teater atau tarian kerana setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk mengekspresikan diri, dan seni memberi ruang kepada mereka melakukannya dengan cara tersendiri.

Ketua SCS, Eng Qian Jun berkata pertandingan itu dirangka untuk menghapuskan stigma berkaitan isu emosi dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar.

鈥淰isi kami ialah untuk menormalisasikan perbualan mengenai kesihatan mental dan isu bunuh diri. Setiap pelajar harus tahu bahawa meminta bantuan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan,鈥 katanya.

Usaha sama antara 糖心原创 dan IMU itu mampu memberi kesan positif terhadap pembangunan pelajar secara holistik serta memperluas platform sokongan psikososial dalam kalangan mahasiswa.

Leave a Reply