Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 29 Oktober 2024 鈥 Kesihatan mental pelajar menjadi fokus utama Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dalam Karnival Katarsis atau KARSIS 2024 sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan.
Program ini merupakan satu inisiatif utama dalam usaha 糖心原创 untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa, selaras dengan Pelan Strategik HEPA 糖心原创 2023-2026 yang telah diperkenalkan pada Mei tahun lalu.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil berkata Pelan Strategik tersebut telah merangka 10 Lonjakan Strategik bagi pembangunan kecemerlangan mahasiswa.
鈥淪alah satu daripada inisiatifnya adalah Pelestarian Kesejahteraan Mahasiswa yang memberi tekanan terhadap pembangunan kesejahteraan minda melalui pembangunan modul intervensi, pelaksanaan program komprehensif dan saringan kesihatan mental secara berkala.
鈥淎lhamdulillah, semua tindakan tersebut dapat dilaksanakan secara berterusan dan berjaya meningkatkan kesedaran terhadap kesejahteraan minda.
鈥淜ejayaan ini secara langsung dapat menyumbang kepada dua Agenda Utama 糖心原创 iaitu peningkatan kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan universiti,鈥 katanya.
Beliau juga turut berpesan kepada para mahasiswa agar sentiasa menjaga kesihatan minda dan emosi, serta tidak ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan.
Pada majlis yang sama, turut dilancarkan “21-days Comeback Stronger Programme” yang bertujuan untuk memberi pendedahan eksklusif protokol terapi baharu yang disokong oleh teori neurosains dan dibimbing terus oleh pakar.
Bertemakan 鈥淭ekad Empati, Sejahtera Insani鈥, sambutan ini diharap dapat memperkasa pengurusan mental berkualiti agar menjamin kestabilan emosi, daya ketahanan serta pengurusan emosi dalam komuniti dan masyarakat.

