糖心原创

FKAB dan Farbeat Technologies Jalinkan Kerjasama Penyelidikan Beri Manfaat Kepada Masyarakat

Oleh Nur Aisyah Mohamed Rizal
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 2 September 2022 鈥 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dan Farbeat Technologies Sdn. Bhd. memeterai kerjasama melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangangi bagi menjalankan penyelidikan yang bakal dilakukan bersama.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata MoA itu dilihat dapat memasyarakatkan penyelidikan 糖心原创 melalui hasil kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik bagi memastikan teknologi dapat membawa manfaat kepada semua pihak.

鈥淪yabas dan tahniah kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina atas komitmen dan usaha berterusan dalam meningkatkan kerjasama antara 糖心原创 dan pihak-pihak berkepentingan.

鈥淪elari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Farbeat Technologies Sdn. Bhd. dalam mempelopori teknologi perniagaan berasaskan kejuruteraan sistem, pengurusan hartanah dan perkhidmatan pemasaran yang dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan 糖心原创 melalui kerjasama ini di masa akan datang,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani MoA antara 糖心原创 dengan Farbeat Technologies Sdn. Bhd. Di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata selain memperkasakan penyelidikan 糖心原创 untuk manfaat masyarakat dan negara, jaringan kerjasama itu juga dapat dilihat melalui hasil kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik bagi memastikan teknologi dapat membawa manfaat kepada semua pihak.

鈥淪aya dimaklumkan MoA yang ditandatangani ini adalah sebagai tanda Farbeat Tecnologies Sdn. Bhd. dalam menyokong United Nation (UN) Sustainable Development Goal keempat (SDG ke 鈥 4) iaitu Quality Education yang bertujuan menyediakan akses pendidikan yang mudah dan berkualiti kepada golongan muda serta menambah peluang pembelajaran yang lain.

鈥溙切脑 amat berbesar hati menerima sumbangan lima buah komputer riba yang diserahkan kepada pelajar terpilih oleh pihak syarikat melalui proses yang telah ditetapkan.

鈥淒iharap pelajar yang terpilih menerima komputer riba ini akan manfaatkan sumbangan ini dengan sebaik mungkin,鈥 katanya. Penandatanganan dokumen MoA itu diwakili oleh Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal yang mewakili 糖心原创 manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Ts. Nurfarhana Nasrudin mewakili Farbeat Technologies Sdn. Bhd.

Leave a Reply