MoU / MoA Archives - Berita 糖心原创 /beritaukm/category/mou-moa/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 11 Mar 2026 01:57:47 +0000 en-US hourly 1 Kerjasama 糖心原创 dan Kamakura Women鈥檚 University Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa /beritaukm/kerjasama-ukm-dan-kamakura-womens-university-perkukuh-jaringan-akademik-antarabangsa/ /beritaukm/kerjasama-ukm-dan-kamakura-womens-university-perkukuh-jaringan-akademik-antarabangsa/#respond Wed, 11 Mar 2026 01:57:45 +0000 /beritaukm/?p=4488 Oleh Melor Suria MinhatFoto Ikhwan Hashim BANGI, 11 Mac 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kamakura Women鈥檚 University, Jepun bagi…

The post Kerjasama 糖心原创 dan Kamakura Women鈥檚 University Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 11 Mac 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kamakura Women鈥檚 University, Jepun bagi memperluas kolaborasi akademik dan pembangunan pendidikan.

Dokumen MoU tersebut ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali yang mewakili 糖心原创, manakala Kamakura Women鈥檚 University diwakili oleh Naib Presidennya, Prof. Dr. Fumitake Fukui.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama termasuk penyelidikan dan penerbitan bersama, mobiliti pelajar serta staf akademik, pembangunan program akademik dan latihan profesional, inovasi dan pengkomersialan, selain penganjuran persidangan serta forum akademik secara kolaboratif.

Dalam ucapannya, Prof. Dr. Bariah berkata kerjasama tersebut selaras dengan komitmen 糖心原创 dalam memperkukuh pendidikan berkualiti dan memperluas jaringan kerjasama global dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, sebagai universiti kebangsaan, 糖心原创 terus komited dalam mencapai kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak serta perkhidmatan kepada masyarakat, selain memperkukuh kedudukan universiti di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi antarabangsa mampu memperkasa pembangunan bakat, meningkatkan produktiviti akademik serta memperluas perkongsian ilmu antara komuniti akademik global.

鈥淒alam masa yang sama, 糖心原创 kekal komited memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selaras dengan identiti 糖心原创 sebagai universiti kebangsaan,鈥 katanya.

Beliau turut berharap MoU tersebut dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan inisiatif kerjasama yang tersusun dan berimpak tinggi, khususnya dalam bidang pendidikan bahasa, pendidikan guru serta penyelidikan.

Pemeteraian MoU itu diharap menjadi platform kukuh dalam memperkasa kerjasama pendidikan, penyelidikan dan perkongsian kepakaran secara berterusan antara kedua-dua institusi.

The post Kerjasama 糖心原创 dan Kamakura Women鈥檚 University Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/kerjasama-ukm-dan-kamakura-womens-university-perkukuh-jaringan-akademik-antarabangsa/feed/ 0
Fakulti Perubatan Anjur Persidangan Antarabangsa, Fokus Peranan AI dalam Pendidikan Perubatan /beritaukm/fakulti-perubatan-anjur-persidangan-antarabangsa-fokus-peranan-ai-dalam-pendidikan-perubatan/ /beritaukm/fakulti-perubatan-anjur-persidangan-antarabangsa-fokus-peranan-ai-dalam-pendidikan-perubatan/#respond Wed, 24 Dec 2025 08:26:37 +0000 /beritaukm/?p=4251 Oleh Prof Madya Noor Akmal Shareela IsmailFoto Muhammad Zubair Kassim KUALA LUMPUR, 12 Disember 2025 鈥 Persidangan Artificial Intelligence in Medical Education (AIMEC) 2025 anjuran Fakulti Perubatan (FPER), Universiti Kebangsaan…

The post Fakulti Perubatan Anjur Persidangan Antarabangsa, Fokus Peranan AI dalam Pendidikan Perubatan appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Prof Madya Noor Akmal Shareela Ismail
Foto Muhammad Zubair Kassim

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2025 鈥 Persidangan Artificial Intelligence in Medical Education (AIMEC) 2025 anjuran Fakulti Perubatan (FPER), Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menjadi wadah perbincangan peranan kecerdasan buatan (AI) dalam mentransformasikan pendidikan perubatan.

Memasuki edisi kedua penganjurannya, AIMEC mencatat penyertaan seramai 182 peserta yang merangkumi 127 peserta tempatan dan 55 peserta antarabangsa dari Qatar, Jordan, New Zealand, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Sudan dan Pakistan. Para peserta terdiri dari ahli akademik, pemimpin universiti, rakan industri, pensyarah serta pelajar perubatan.

Penganjuran AIMEC 2025 adalah usaha berterusan mengintegrasikan AI dalam pendidikan tinggi, selaras dengan keperluan latihan perubatan masa hadapan yang lebih adaptif dan berfokuskan pelajar.

Majlis perasmian AIMEC telah disempurnakan oleh Pro-Naib Canselor 糖心原创, Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid.

Beliau menekankan bahawa AI merupakan satu keperluan strategik dalam menyokong keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, namun tidak boleh menggantikan peranan manusia, khususnya dalam profesion perubatan.

鈥溙切脑 terus komited melahirkan graduan yang yakin menggunakan teknologi baharu, tanpa mengabaikan nilai profesionalisme, empati, integriti dan khidmat bakti.

鈥淣ilai-nilai ini akan sentiasa menjadi teras amalan perubatan, walau sejauh mana kemajuan teknologi dicapai.

 鈥淎I harus berfungsi sebagai pemudah cara yang meningkatkan kecekapan dan kualiti pendidikan perubatan, tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan, empati dan pertimbangan klinikal,鈥 katanya.

Majlis perasmian turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara FPER dan DGA Healthcare Group.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan fakulti termasuk Dekan Fakulti Perubatan 糖心原创, Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, timbalan-timbalan dekan serta wakil institusi rakan.

AIMEC 2025 turut diserikan dengan Penyampaian Anugerah Student Pitching Competition (Edisi Sekolah) yang dimenangi oleh Epsom College dan Sekolah Menengah Agama MAIWP, sebagai usaha memupuk minat awal generasi muda terhadap inovasi AI dalam bidang kesihatan.

The post Fakulti Perubatan Anjur Persidangan Antarabangsa, Fokus Peranan AI dalam Pendidikan Perubatan appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/fakulti-perubatan-anjur-persidangan-antarabangsa-fokus-peranan-ai-dalam-pendidikan-perubatan/feed/ 0
糖心原创 dan Unbound Jalin Kerjasama Kukuhkan Hubungan Strategik Universiti-Industri /beritaukm/ukm-dan-unbound-jalin-kerjasama-kukuhkan-hubungan-strategik-universiti-industri/ /beritaukm/ukm-dan-unbound-jalin-kerjasama-kukuhkan-hubungan-strategik-universiti-industri/#respond Fri, 19 Dec 2025 03:31:21 +0000 /beritaukm/?p=4210 Oleh Melor Suria MinhatFoto Izwan Azman BANGI, 18 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unbound Sdn. Bhd. bagi memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri, sekali gus…

The post 糖心原创 dan Unbound Jalin Kerjasama Kukuhkan Hubungan Strategik Universiti-Industri appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Izwan Azman

BANGI, 18 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unbound Sdn. Bhd. bagi memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri, sekali gus menyokong aspirasi Kerajaan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan ilmu, bakat dan inovasi digital.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada bidang gamifikasi, Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Terimbuh (AR) serta inisiatif inovasi digital berimpak tinggi, selaras dengan usaha 糖心原创 melahirkan graduan future-ready dan memperkukuh ekosistem penyelidikan universiti鈥搃ndustri.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail, berkata kerjasama universiti dan industri bukan sekadar perkongsian kepakaran, tetapi merupakan usaha bersama dalam membangunkan bakat, inovasi serta solusi masa hadapan, selaras dengan peranan universiti dalam menyokong pembangunan negara.

鈥淜ita (糖心原创) berbangga kerana dipilih sebagai rakan universiti pertama dalam kolaborasi PRIDE Game, yang mengintegrasikan elemen gamifikasi dengan pengangkutan awam bagi meningkatkan aspek keselamatan dan mobiliti pelajar.

鈥淭ahniah kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) atas inisiatif proaktif menerajui jalinan kerjasama strategik bersama rakan industri,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Unbound Sdn. Bhd. atas komitmen menjalin kerjasama bersama 糖心原创, serta menyifatkan penglibatan MDEC dan PRIDE sebagai sokongan penting terhadap pembangunan ekosistem digital negara.

Pemeteraian MoU ini mencerminkan komitmen bersama 糖心原创 dan Unbound Sdn. Bhd. dalam memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri serta menyokong agenda pembangunan ilmu dan inovasi digital negara.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Ismanizan Ismail, yang mewakili 糖心原创 manakala Unbound Sdn. Bhd. Diwakili oleh Pengarahnya, Ryan Kang Jee Hong.

The post 糖心原创 dan Unbound Jalin Kerjasama Kukuhkan Hubungan Strategik Universiti-Industri appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/ukm-dan-unbound-jalin-kerjasama-kukuhkan-hubungan-strategik-universiti-industri/feed/ 0
Projek WaRiSAN MELAYU Perkasa Ekosistem AI Bahasa Melayu /beritaukm/projek-warisan-melayu-perkasa-ekosistem-ai-bahasa-melayu/ /beritaukm/projek-warisan-melayu-perkasa-ekosistem-ai-bahasa-melayu/#respond Fri, 19 Dec 2025 03:21:18 +0000 /beritaukm/?p=4206 BANGI, 18 Disember 2025 -Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) mengukuhkan kredibitinya dalam memartabatkan bahasa Melayu apabila melancarkan Projek Wahana Rintis Semantik Ayat Nasional, (WaRiSAN MELAYU) bagi memperkasa ekosistem kecerdasan buatan (AI)…

The post Projek WaRiSAN MELAYU Perkasa Ekosistem AI Bahasa Melayu appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
BANGI, 18 Disember 2025 -Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) mengukuhkan kredibitinya dalam memartabatkan bahasa Melayu apabila melancarkan Projek Wahana Rintis Semantik Ayat Nasional, (WaRiSAN MELAYU) bagi memperkasa ekosistem kecerdasan buatan (AI) Bahasa Melayu.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman berkata WaRiSAN MELAYU adalah usaha strategik dan berpandangan jauh dalam membangunkan ekosistem kolaborasi data Bahasa Melayu yang melibatkan kerjasama ahli akademik, pihak kerajaan, industri dan komuniti yang berwibawa dan berautoriti, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan.

鈥淒alam dunia yang semakin dipacu oleh kecerdasan buatan, pemprosesan bahasa semula jadi (NLP), dan teknologi digital, bahasa bukan lagi sekadar alat komunikasi, tetapi telah menjadi aset strategik negara.

鈥淛usteru, WaRiSAN MELAYU hadir sebagai wahana penting untuk memastikan Bahasa Melayu tidak tercicir, malah terus relevan dan berdaya saing di peringkat nasional dan global,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Prapelancaran Projek WaRiSAN MELAYU dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 糖心原创 dengan  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Beliau berharap agar Projek WaRiSAN MELAYU itu dapat dilaksanakan secara berterusan, inklusif dan berskala besar, melibatkan pelbagai pihak termasuk universiti, agensi kerajaan, industri teknologi dan masyarakat umum.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof  Dr Sufian Jusoh berkata projek WaRiSAN MELAYU merupakan satu inisiatif strategik yang mencerminkan komitmen 糖心原创 sebagai universiti watan dalam menerajui pembangunan ilmu, penyelidikan dan inovasi berteraskan bahasa kebangsaan.

鈥淧rojek ini dirangka bagi membangunkan wahana rintis semantik ayat Bahasa Melayu yang berautoriti, sistematik dan berskala nasional, selari dengan keperluan semasa dalam bidang kecerdasan buatan, analitik data bahasa dan pemprosesan bahasa semula jadi.

鈥淯saha ini bukan sahaja menyumbang kepada pengayaan khazanah linguistik Bahasa Melayu, malah membuka ruang kepada penerokaan baharu dalam bidang teknologi bahasa, pendidikan digital dan penyelidikan rentas disiplin yang melibatkan lima domain utama penyelidikan iaitu Sains dan Teknologi, Bahasa, Perubatan, Pendidikan dan Undang-undang,鈥 katanya.

WaRiSAN MELAYU memberi tumpuan kepada pembangunan Model Bahasa Besar (LLM) Bahasa Melayu berdaulat, berteraskan kolaborasi nasional, kedaulatan data dan konteks tempatan untuk menyokong perkhidmatan awam dan sektor strategik negara.

Dengan peruntukan RM8 juta di bawah Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, ia menandakan komitmen kerajaan untuk memperkasakan AI Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa digital negara.

Dalam majlis itu juga, turut diadakan penandatanganan MoU antara 糖心原创 dan DBP yang menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kerjasama strategik untuk berkongsi aspirasi yang sama, iaitu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penyelidikan dan bahasa masa hadapan.

The post Projek WaRiSAN MELAYU Perkasa Ekosistem AI Bahasa Melayu appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/projek-warisan-melayu-perkasa-ekosistem-ai-bahasa-melayu/feed/ 0
糖心原创 dan USIM Jalin Kerjasama Perkasa Pendidikan Islam Golongan OKU /beritaukm/ukm-dan-usim-jalin-kerjasama-perkasa-pendidikan-islam-golongan-oku/ /beritaukm/ukm-dan-usim-jalin-kerjasama-perkasa-pendidikan-islam-golongan-oku/#respond Fri, 19 Dec 2025 01:05:23 +0000 /beritaukm/?p=4198 Oleh Asmahanim AmirFoto Izwan Azman NILAI, 18 Disember 2025 – Fakulti Pendidikan (FPEND), Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Makhtum (UMMI), Universiti Sains Islam…

The post 糖心原创 dan USIM Jalin Kerjasama Perkasa Pendidikan Islam Golongan OKU appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

NILAI, 18 Disember 2025 – Fakulti Pendidikan (FPEND), Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Makhtum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi memperkasa pendidikan Islam dan pendidikan al-Quran untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Dekan FPEND, Prof Dr Mohd Mahzan Awang berkata kerjasama itu adalah langkah besar dalam usaha memartabatkan pendidikan inklusif yang benar-benar meraikan kepelbagaian keperluan pelajar, selari dengan prinsip tiada yang tertinggal dalam agenda pembangunan negara.

鈥溙切脑 melalui Fakulti Pendidikan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang pendidikan khas sama ada daripada aspek penyelidikan, latihan guru, pembangunan kurikulum sehinggalah kepada amalan terbaik bilik darjah.

鈥淯SIM pula mempunyai kekuatan dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah serta integrasi ilmu naqli yang menjadi teras penubuhannya.

鈥淛adi apabila kita gabungkan kepakaran dari kedua-dua universiti ini, ia menjadi lambang bersama mengilmukan ummah inklusif,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara 糖心原创 dengan USIM, di sini, baru-baru ini.

Melalui MoU itu, kedua-dua institusi bakal menjalankan penyelidikan bersama, membangunkan modul latihan dan program pembangunan profesional untuk guru Pendidikan Islam, menganjurkan pelbagai program advokasi dan kesukarelawan dakwah OKU, dan memperluas jaringan kolaborasi dengan pelbagai agensi.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Prof Dato鈥 Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor berkata kerjasama strategik itu bertujuan memperkukuh hubungan antara kedua-dua universiti, khususnya melalui pembangunan pendidikan al-Quran yang inklusif serta pemerkasaan ekosistem kesukarelawanan cakna OKU di institusi pengajian tinggi

鈥淗asil penyelidikan yang diperkenalkan ini bukan sahaja memenuhi keperluan akademik, malah menjadi rujukan penting kepada pelaksana dasar, pendidik, sukarelawan dan agensi agama dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih inklusif,鈥 katanya.

Pada majlis itu juga turut diadakan penyerahan buku hasil penyelidikan USIM-糖心原创 dan pelancaran buku Sukarelawan Dakwah OKU.

The post 糖心原创 dan USIM Jalin Kerjasama Perkasa Pendidikan Islam Golongan OKU appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/ukm-dan-usim-jalin-kerjasama-perkasa-pendidikan-islam-golongan-oku/feed/ 0
Kerjasama 糖心原创SC-FAM Perkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football /beritaukm/kerjasama-ukmsc-fam-perkenalkan-sijil-penjagaan-pitch-side-care-in-football/ /beritaukm/kerjasama-ukmsc-fam-perkenalkan-sijil-penjagaan-pitch-side-care-in-football/#respond Tue, 16 Dec 2025 08:44:27 +0000 /beritaukm/?p=4184 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim KUALA LUMPUR , 14 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (糖心原创SC) mengadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)…

The post Kerjasama 糖心原创SC-FAM Perkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

KUALA LUMPUR , 14 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (糖心原创SC) mengadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memperkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football (PSCiF) Level 1 Certification.

Sijil ini adalah bagi memperkukuh kecekapan pegawai pasukan, jurulatih dan tenaga perubatan dalam pengendalian kecemasan di padang.

Usaha ini merangkumi penilaian risiko kecederaan, pembangunan protokol kecemasan, serta pengukuhan pemahaman mengenai kecederaan kardiovaskular, trauma neurologi dan kecederaan muskuloskeletal dalam kalangan pemain.

Pengarah Perubatan 糖心原创SC, Prof Madya Dato鈥 Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff berkata 糖心原创SC sentiasa bersedia menerajui rawatan berasaskan teknologi dan inovasi terkini.

鈥淗al ini selaras dalam memastikan pemain bola sepak Malaysia mendapat akses kepada rawatan yang setanding dengan piawaian antarabangsa.

鈥淭ambahan pula, 糖心原创SC komited untuk menyokong pemain negara bukan sahaja ketika mereka cedera, tetapi juga dalam pencegahan, pemulihan dan pembangunan prestasi jangka panjang.

鈥淜ami amat menyayangi dan menghargai atlet negara oleh itu, sokongan kami adalah menyeluruh dan berterusan,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali yang merasmikan majlis ini berkata kerjasama dengan FAM ini juga mencerminkan peranan universiti sebagai rakan strategik pembangunan nasional, khususnya dalam memastikan keselamatan atlet negara.

鈥淚a juga membuka ruang baharu dalam penyelidikan klinikal, pembangunan modul latihan perubatan sukan, serta peluang latihan untuk pelajar dan pakar 糖心原创 di peringkat nasional dan antarabangsa.

鈥淪aya berharap agar kolaborasi antara 糖心原创SC dan FAM ini akan menjadi model terbaik jalinan antara akademia dan industri sukan, dan memberi impak besar terhadap budaya 鈥渂ola sepak selamat鈥 di Malaysia,鈥 katanya.

Sebagai langkah awal kerjasama, Simposium Perubatan Bola Sepak dan PSCiF Level 1 telah dianjurkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih, meningkatkan kesedaran terhadap kecederaan sukan serta memantapkan tahap kesiapsiagaan perubatan dalam perlawanan bola sepak di seluruh negara.

Inisiatif ini membentuk rangka kerja latihan perubatan yang tersusun dan berstandard, sekali gus mencerminkan komitmen bersama 糖心原创SC dan FAM dalam mewujudkan sistem tindak balas kecemasan yang lebih cekap, selamat dan konsisten.

The post Kerjasama 糖心原创SC-FAM Perkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/kerjasama-ukmsc-fam-perkenalkan-sijil-penjagaan-pitch-side-care-in-football/feed/ 0
糖心原创 Perkasa Malaysia sebagai Hab Kuantum Serantau melalui Kerjasama Strategik dengan AIST, Jepun /beritaukm/ukm-perkasa-malaysia-sebagai-hab-kuantum-serantau-melalui-kerjasama-strategik-dengan-aist-jepun/ /beritaukm/ukm-perkasa-malaysia-sebagai-hab-kuantum-serantau-melalui-kerjasama-strategik-dengan-aist-jepun/#respond Tue, 16 Dec 2025 00:22:19 +0000 /beritaukm/?p=4167 Oleh Asmahanim Amir dan Melor Suria MinhatFoto oleh Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi BANGI, 10 Disember 2025 – Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dengan National Institute of Advanced Industrial…

The post 糖心原创 Perkasa Malaysia sebagai Hab Kuantum Serantau melalui Kerjasama Strategik dengan AIST, Jepun appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Asmahanim Amir dan Melor Suria Minhat
Foto oleh Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi

BANGI, 10 Disember 2025 – Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dengan National Institute of Advanced Industrial Science and Technology (AIST), Jepun menjadi penggerak utama dalam mengukuhkan pembangunan teknologi kuantum dan kecerdasan buatan (AI) antara Malaysia dan Jepun.

Naib Canselor 糖心原创, Prof Dr Sufian Jusoh berkata kerjasama strategik yang terjalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) itu memperlihatkan sokongan padu dan kepercayaan pihak AIST kepada 糖心原创 yang memainkan peranan utama dalam bidang kuantum di Malaysia.

Ujar beliau, perkembangan kuantum akan bergerak selari dengan semikonduktor, yang akan serentak memacu AI di Malaysia dan rantau ASEAN.

鈥溙切脑 amat menghargai kepercayaan dan kesediaan AIST untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang teknologi kuantum.

鈥淧erkongsian ini bukan sahaja akan memperkukuh kepakaran penyelidikan, malah turut menyumbang kepada pembangunan modal insan melalui latihan, pendedahan teknologi terkini, pertukaran penyelidik, penglibatan aktiviti bersama pelajar serta projek penyelidikan bersama.

鈥淜erjasama ini disifatkan sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, khususnya dalam pembangunan teknologi kuantum yang berpotensi besar untuk masa depan negara,鈥 katanya.

Beliau berkata melalui kolaborasi itu, kedua-dua pihak akan memperkasakan penyelidikan antara kedua-dua institusi, menyokong pembangunan sosial melalui teknologi kuantum, serta membangunkan ekosistem kuantum antarabangsa antara Malaysia dan Jepun.

鈥淜ita (糖心原创) berharap inisiatif jangka panjang ini menjadi penanda aras penting bagi hubungan universti-industri pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Sambutan 45 Tahun Pusat Teknologi Digital Dan Perasmian Pusat Data 糖心原创 dan Majlis Menandatangani MoU Antara 糖心原创 dengan AIST, Japan, di sini, hari ini.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Sufian yang mewakili 糖心原创, manakala AIST diwakili oleh Pengarah Global Research and Development Center for Business by Quantum-AI Technology, AIST, Prof. Dr. Masu Kazuya, dan disaksikan oleh tetamu kehormat, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Sufian, terdapat tiga elemen utama yang menjadikan kolaborasi ini sangat signifikan, iaitu pemindahan pengetahuan dan teknologi melalui perkongsian kepakaran, pemerkasaan keupayaan penyelidikan bagi memperkukuh kedudukan 糖心原创 sebagai pusat rujukan dalam bidang kuantum dan AI, serta pembangunan modal insan melalui peluang latihan, pendedahan kepada teknologi terkini dan penglibatan dalam projek penyelidikan bersama.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa inisiatif kerjasama ini bukan sahaja akan menyemarakkan budaya penyelidikan yang lebih inovatif, malah akan mengukuhkan lagi kedudukan 糖心原创 sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka di peringkat serantau dan antarabangsa.

The post 糖心原创 Perkasa Malaysia sebagai Hab Kuantum Serantau melalui Kerjasama Strategik dengan AIST, Jepun appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/ukm-perkasa-malaysia-sebagai-hab-kuantum-serantau-melalui-kerjasama-strategik-dengan-aist-jepun/feed/ 0
糖心原创 Jalin Kerjasama dengan WBS, Lahirkan Pemimpin Wanita Berkarisma /beritaukm/ukm-jalin-kerjasama-dengan-wbs-lahirkan-pemimpin-wanita-berkarisma/ /beritaukm/ukm-jalin-kerjasama-dengan-wbs-lahirkan-pemimpin-wanita-berkarisma/#respond Mon, 08 Dec 2025 01:11:33 +0000 /beritaukm/?p=4127 Oleh Asmahanim AmirFoto Izwan Azman SHAH ALAM, 1 Disember 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melalui Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) memeterai memorandum Persefahaman (MoU) dengan Wanita Berdaya…

The post 糖心原创 Jalin Kerjasama dengan WBS, Lahirkan Pemimpin Wanita Berkarisma appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

SHAH ALAM, 1 Disember 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melalui Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) memeterai memorandum Persefahaman (MoU) dengan Wanita Berdaya Selangor (WBS) bagi membangunkan Sijil Profesional Kepimpinan Wanita.

Kerjasama ini diadakan bagi melahirkan pemimpin wanita berpengetahuan dan berwibawa seiring sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam pembuat keputusan.

Menteri Besar Selangor, Dato鈥 Seri Amirudin Shari berkata MoU antara 糖心原创 dengan WBS dimeterai sebagai komitmen untuk bekerjasama dalam pembangunan serta pelaksanaan Sijil Profesional Kepimpinan Wanita di bawah payung Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) sekali gus meningkatkan prestij program ini sebagai sebuah program yang diiktiraf.

鈥淚a merangkumi pembangunan modul latihan profesional yang diiktiraf bagi memperkukuh kapasiti wanita sebagai peneraju sektor awam, swasta dan komuniti,鈥 katanya selepas Majlis Menandatangani MoU antara WBS dan 糖心原创 serta penyampaian biasiswa WBS Kohort 4 di Wisma Dewan Negeri Selangor, di sini baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah 糖心原创, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafor; serta Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Dr Kadaruddin Aiyub.

Sementara itu, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Biasiswa Wanita Selangor Kohort 4 kepada enam penerima iaitu tiga penuntut peringkat Sarjana dan tiga lagi kepada Doktor Falsafah (PhD).

Dato鈥 Seri Amirudin berkata program tersebut memberi tumpuan kepada bidang seperti pengajian gender, kepimpinan wanita, ekonomi penjagaan, sains politik atau sains sosial dan pengajian pembangunan masyarakat sejajar dengan usaha memperkukuhkan kepimpinan wanita di Selangor secara menyeluruh.

鈥淪ejak diperkenalkan pada tahun 2021, seramai 34 wanita telah menerima manfaat ini, dan 13 penerima daripda hohort terdahulu telah berjaya menamatkan pengajian.

鈥淧rogram ini adalah antara komponen utama Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2026 dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam pembangunan negeri,鈥 katanya.

The post 糖心原创 Jalin Kerjasama dengan WBS, Lahirkan Pemimpin Wanita Berkarisma appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/ukm-jalin-kerjasama-dengan-wbs-lahirkan-pemimpin-wanita-berkarisma/feed/ 0
Kerjasama 糖心原创鈥揃lackberry Perkukuh Pembangunan Bakat dan Keselamatan Siber /beritaukm/kerjasama-ukm-blackberry-perkukuh-pembangunan-bakat-dan-keselamatan-siber/ /beritaukm/kerjasama-ukm-blackberry-perkukuh-pembangunan-bakat-dan-keselamatan-siber/#respond Fri, 31 Oct 2025 08:14:55 +0000 /beritaukm/?p=3927 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BlackBerry Technology Malaysia Sdn. Bhd. bagi…

The post Kerjasama 糖心原创鈥揃lackberry Perkukuh Pembangunan Bakat dan Keselamatan Siber appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BlackBerry Technology Malaysia Sdn. Bhd. bagi memperkukuh pembangunan bakat dan penyelidikan dalam bidang keselamatan siber dan sistem terbenam (embedded system).

Melalui kerjasama ini, pelajar dan warga akademik 糖心原创 akan mendapat manfaat dari aspek latihan, persijilan, penyelidikan serta pemindahan teknologi di dalam bidang keselamatan siber serta pembangunan aplikasi sistem terbenam.  Penyelidik dan pelajar 糖心原创  akan mendapat manfaat melalui akses kepada program global QNX庐️ Everywhere oleh BlackBerry, bagi membangunkan aplikasi sistem terbenam yang boleh digunakan di dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan automotif.

Pengarah Pusat Teknologi Maklumat 糖心原创, Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad berkata, sebagai contoh; sistem pengoperasian masa-nyata QNX digunakan dalam lebih 255 juta kenderaan di seluruh dunia.

鈥淚ni memberi peluang kepada pelajar kita membangunkan penyelesaian baharu berasaskan sistem yang selamat dan diiktiraf industri.

鈥淢oU ini bukan sekadar kerjasama sehala. 糖心原创 mendapat manfaat daripada kepakaran dan teknologi BlackBerry, manakala BlackBerry turut mendapat input akademik serta idea penyelidikan daripada universiti,鈥 katanya.

Tambahnya, kerjasama ini adalah bagi tempoh selama tiga tahun, di mana BlackBerry bersetuju menyalurkan dana sebanyak USD12,500 setahun untuk tujuan penyelidikan bersama.

糖心原创 turut bekerjasama dengan BlackBerry dan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dalam melaksanakan program-program yang akan menyasarkan belia-belia daripada latar belakang kurang berkemampuan untuk menjalani latihan keselamatan siber serta kursus etika digital.

MoU ini disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dr Sufian Jusoh; Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, John J.Giamatteo; Ketua Pegawai Digital 糖心原创, Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan; dan Senior Vice President, Asia Pacific Sales BlackBerry, Tash Stamatelos.

Ia disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Canada, Maninder Sidhu.

The post Kerjasama 糖心原创鈥揃lackberry Perkukuh Pembangunan Bakat dan Keselamatan Siber appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/kerjasama-ukm-blackberry-perkukuh-pembangunan-bakat-dan-keselamatan-siber/feed/ 0
糖心原创 Jalin Kerjasama dengan ERIA dalam Penyelidikan dan Dasar /beritaukm/ukm-jalin-kerjasama-dengan-eria-dalam-penyelidikan-dan-dasar/ /beritaukm/ukm-jalin-kerjasama-dengan-eria-dalam-penyelidikan-dan-dasar/#respond Mon, 27 Oct 2025 06:46:43 +0000 /beritaukm/?p=3917 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) terus melangkah jauh dengan mengadakan kerjasama strategik bersama organisasi antarabangsa, Economic Research…

The post 糖心原创 Jalin Kerjasama dengan ERIA dalam Penyelidikan dan Dasar appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) terus melangkah jauh dengan mengadakan kerjasama strategik bersama organisasi antarabangsa, Economic Research Institute for Asean and East Asia (ERIA) dalam penyelidikan dan kertas dasar.

Kerjasama ini dilaksanakan melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Naib Canselor 糖心原创, Prof Dr Sufian Jusoh dan Presiden ERIA, TYT Tetsuya Watanabe di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Prof Dr Sufian berkata kerjasama tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara 糖心原创 dan ERIA dalam membentuk dasar-dasar ekonomi, perdagangan dan pelaburan di bawah rangka kerja ASEAN 2025 dan ASEAN Vision 2045.

“Kami bekerjasama rapat dalam menyiapkan beberapa priority economic deliverables bagi pihak kerajaan Malaysia dan ASEAN, termasuk ASEAN Framework for Integrated Semiconductor Supply Chain yang telah diluluskan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN baru-baru ini, serta pembangunan ASEAN EV Battery Passport,鈥 katanya.

Beliau berkata MoU yang ditandatangani itu  membuktikan bagaimana kerjasama antara sebuah universiti nasional dan sebuah institusi dasar serantau mampu merapatkan jurang yang ada.

Menurutnya, kerjasama yang terjalin melalui Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) itu akan meneroka peluang mendalam bagi kerjasama serantau, perdagangan antarabangsa, pelaburan, ekonomi digital, kemampanan, dan inovasi, terutamanya pelaksanaan Wawasan ASEAN 2045, serta prinsip Asia Zero Emission Community (AZEC), termasuklah semikonduktor, perubahan iklim, peralihan tenaga, grid kuasa, automotif kenderaan elektrik, perkhidmatan berkaitan pembuatan dan penyahkarbonan.

Sempena dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, 糖心原创 mengambil inisiatif untuk membina jaringan kerjasama erat dengan ERIA dalam perkongsian kepakaran, pengajian sijil professional, kursus pendek, program latihan, penerbitan bersama buku dan jurnal dan penganjuran bersama persidangan dan seminar.

ERIA ialah sebuah organisasi antarabangsa yang berpusat di Jakarta, Indonesia, ditubuhkan melalui perjanjian rasmi oleh 16 Ketua Kerajaan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur ke-3 di Singapura pada 21 November 2007.

ERIA bekerjasama dengan Sekretariat ASEAN serta penyelidik dan institusi dari Asia Timur untuk menyediakan kajian dan syor dasar terutamanya berkenaan ASEAN.

The post 糖心原创 Jalin Kerjasama dengan ERIA dalam Penyelidikan dan Dasar appeared first on Berita 糖心原创.

]]>
/beritaukm/ukm-jalin-kerjasama-dengan-eria-dalam-penyelidikan-dan-dasar/feed/ 0