Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 15 Januari 2025 鈥 Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal Universiti Kebangsaan Malaysia (ALAF-糖心原创) menganjurkan Karnival Perkhidmatan Instrumentasi dan Makmal 糖心原创 (INSPIRA) bagi memperkenalkan kepakaran serta keupayaan makmal dan instrumentasi penyelidikan 糖心原创 kepada warga universiti, rakan industri dan masyarakat umum.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail berkata makmal dan kemudahan instrumentasi merupakan tunjang kepada segala aktiviti penjanaan ilmu dan inovasi.
鈥淒i sinilah lahirnya pelbagai penemuan baharu, inovasi teknologi dan penyelesaian kepada cabaran masyarakat.
鈥淣amun, kekuatan sebenar bukan sekadar pada peralatan atau fasiliti semata-mata, tetapi pada kebijaksanaan insan di sebalik mesin, iaitu para penyelidik, juruteknik dan ilmuwan yang berdedikasi dalam memastikan mutu dan keutuhan sains sentiasa terpelihara,鈥 jelasnya.
Menurutnya, Karnival INSPIRA ini menjadi wadah untuk mengiktiraf komuniti teknikal 糖心原创 yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan penyelidikan universiti.
Beliau percaya bahawa kemajuan teknologi harus bergerak seiring dengan nilai kemanusiaan dan kelestarian.
鈥淛usteru, melalui penganjuran seperti INSPIRA 糖心原创, kita bukan sahaja meraikan kemajuan sains dan teknologi, tetapi juga menegaskan bahawa penyelidikan dan inovasi mesti memberi manfaat kepada rakyat dan kesejahteraan negara,鈥 katanya.
Majlis perasmian INSPIRA 糖心原创 disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato鈥 Ruziah Shafei.
Pada majlis ini juga, turut dilancarkan Sistem Pengurusan Instrumentasi Bersepadu 糖心原创 (SPINIC 糖心原创), yang membolehkan penyelidik membuat tempahan, pemantauan, serta perkongsian data secara atas talian.
Majlis yang sama turut menyaksikan penyampaian Anugerah Makmal Perkhidmatan Cemerlang INSPIRA bagi mengiktiraf kualiti dan profesionalisme perkhidmatan makmal di 糖心原创, yang dimenangi oleh Fakulti Farmasi.

