糖心原创

214 Pelajar Baharu Daftar ASASIpintar

Oleh Murniati Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 24 Julai 2024 鈥 Seramai 214 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mendaftar di Pusat PERMATA@Pintar Negara (PPAN), Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) bagi Program ASASIpintar sesi akademik 2024/2025.

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu kerana terpilih ke program ini ketika menyempurnakan Majlis Ikrar Pelajar Baharu ASASIpintar.

Menurutnya, para pelajar harus mengambil peluang ini untuk memanfaatkan ruang pembelajaran yang kondusif dan penggunaan teknologi terkini yang tersedia di PPAN sepanjang tempoh pengajian mereka.

Beliau turut menasihati para pelajar agar memahami dan mengaplikasikan teknologi dalam pengajian mereka dengan cara yang berfikrah dan beretika.

Dato鈥 Ts. Dr. Norazah berkata kurikulum pembelajaran di ASASIpintar dirangka khusus dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta agak berbeza dengan kurikulum di universiti lain.

鈥淚a dirangka dengan matlamat untuk menyerlahkan lagi kepimpinan dan penguasaan ilmu pelajar agar dapat mengembangkan potensi secara holistik.

鈥淯ntuk terus kekal cemerlang, saya berharap para pelajar sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal serta bersungguh-sungguh menguasai ilmu dengan mempraktikkan segala kemahiran yang telah disediakan.

鈥淪entiasalah tingkatkan kreativiti diri dan berusaha membentuk personaliti cemerlang terutama dari segi kemahiran sosial yang baik, keyakinan diri, berani mencuba perkara baru dan sentiasa bersemangat bekerjasama dalam kumpulan yang menjadi resipi kepada lonjakan akademik dan sahsiah pelajar,鈥 katanya.

Beliau juga berharap agar bacaan ikrar pelajar baharu ini akan menjadi satu janji dan ingatan pelajar kepada universiti untuk memastikan kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi sepanjang menjadi pelajar 糖心原创.

Leave a Reply