Tahniah QS World University Rankings: Sustainability 2026

Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) sekali lagi membuktikan komitmen kukuhnya dalam agenda kelestarian dengan pencapaian cemerlang dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026. 糖心原创 berada pada kedudukan No. 1 di Malaysia bagi indikator Impak Alam Sekitar, No. 2 bagi Tadbir Urus dan No. 3 bagi Impak Sosial daripada 33 universiti yang dinilai di Malaysia.

Di peringkat global, 糖心原创 melonjak daripada kedudukan 245 kepada 208 dunia daripada 2,002 universiti, menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat signifikan. Manakala di peringkat Asia, 糖心原创 kini berada pada kedudukan #25 daripada 827 universiti, meneruskan trend peningkatan dari tahun ke tahun dan mengukuhkan reputasi 糖心原创 sebagai universiti terkemuka dalam kelestarian.

Pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan seluruh warga 糖心原创 dalam mengarusperdanakan elemen Impak Alam Sekitar, Impak Sosial and Tadbir Urus (ESG) dalam pengoperasian kampus. Ia selari dengan aspirasi Pelan Strategik Kelestarian 糖心原创 2030, yang menetapkan hala tuju jelas dalam pengurusan tenaga, perubahan iklim, tadbir urus mampan serta kesejahteraan komuniti kampus.

Prestasi ini bukan sahaja mencerminkan komitmen 糖心原创 terhadap kelestarian global, tetapi juga membuktikan peranan 糖心原创 sebagai peneraju nasional dalam agenda pembangunan mampan. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga 糖心原创 atas pencapaian gemilang ini.

Similar Posts