Lawatan Penanda Aras Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Delegasi dari Pusat Strategi 糖心原创 yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan) merangkap Pengarah Pusat Strategi, telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Lawatan ini juga menjadi platform penting bagi pertukaran idea dan strategi untuk menambah baik penyediaan data, selaras dengan kriteria penarafan dunia UI GreenMetric 鈥 sebuah inisiatif global yang mengiktiraf komitmen institusi pengajian tinggi dalam pembangunan lestari.
Ketibaan delegasi 糖心原创 telah disambut mesra oleh Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Naib Canselor UMK. Lawatan ini membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkukuh inisiatif hijau dan pembangunan mampan dalam kalangan institusi pendidikan tinggi.
Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh usaha institusi pendidikan tinggi dalam membudayakan kelestarian dan inisiatif hijau secara menyeluruh.


















