Lawatan dari A4E ke 糖心原创

Pusat Strategi 糖心原创 telah dikunjungi oleh 26 orang delegasi daripada Persatuan Pentadbir Akademik dan Pendidik Asia (A4E), yang diketuai oleh Presidennya, Dr. Eduardo G. Ong. Kehadiran mereka disambut oleh Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan), Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta mengambil peluang mengenal pasti dan mempelajari amalan terbaik 糖心原创 berdasarkan kedudukan dan pengiktirafan global; mendapatkan pandangan tentang amalan terbaik dalam pentadbiran akademik, pembangunan kurikulum, dan inisiatif penyelidikan di 糖心原创; meneroka peluang kerjasama yang berpotensi antara 糖心原创 dan A4E dalam bidang pembangunan fakulti, projek penyelidikan bersama dan program pertukaran pelajar, dan untuk memahami strategi inovatif dalam pengurusan pendidikan tinggi yang boleh disesuaikan dan dilaksanakan dalam institusi mereka.

Dalam sesi lawatan ini juga Surat Hasrat Kerjasama (LoI) turut ditandatangani sebagai persetujuan awal peluang kerjasama antara 糖心原创 dan A4E. LoI ini adalah untuk bekerjasama dalam penyelidikan, pengajaran, pertukaran pelajar dan penglibatan dalam seminar atau persidangan yang diadakan oleh kedua-dua pihak.

Hadir sama adalah Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong; Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, Dr. Nor Atika Md Ashar serta Timbalan-Timbalan Pengarah Pusat Strategi, Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri dan Dr. Lim Kar Keng.

Similar Posts