ÌÇÐÄÔ­´´

Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM) ditubuhkan di bawah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia ÌÇÐÄÔ­´´ pada tahun 2010 yang merupakan pusat pengembangan kajian ilmu di dalam manuskrip Melayu yang terdiri daripada pelbagai bidang dan cabang. PPMAM ini melakukan kajian terhadap manuskrip-manuskrip Melayu yang bertulisan jawi lama yang terdapat di alam Melayu dan melakukan kajian terhadap manuskrip mengenai alam Melayu yang ditemui di luar alam Melayu. Umum diketahui terdapat sekitar 10,000-15,000 judul manuskrip yang bertulisan jawi lama di 151 perpustakaan, arkib dan muzium di sekitar 28 buah negara di seluruh dunia. Sehingga kini lebih kurang 5% daripadanya telah dikaji, bakinya 95% lagi masih belum dikaji yang tidak diketahui isinya.