Seminar sehari ini menghimpunkan para pelajar perubatan prasiswazah 糖心原创 bersama tokoh-tokoh perubatan terkemuka tanah air bagi memperkukuhkan pembentukan nilai sahsiah, etika dan profesionalisme dalam kalangan generasi pengamal perubatan masa depan. Program ini turut menyediakan ruang bagi meningkatkan pemahaman mengenai prinsip amalan perubatan yang berkualiti dan isu-isu semasa dalam sistem kesihatan yang semakin mencabar.
Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 糖心原创, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak yang menekankan peri pentingnya nilai integriti, kebertanggungjawaban dan keprihatinan dalam melahirkan doktor yang bukan sahaja cekap dari sudut kemahiran teknikal tetapi juga memiliki empati dan nilai kemanusiaan yang tinggi. Ucaptama telah disampaikan oleh Pro Naib Canselor 糖心原创 Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid melalui tajuk 鈥淕ood Medical Practice in a Changing World 鈥 Preparing the Next Generation鈥, yang menekankan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam membentuk doktor yang bersedia menghadapi perubahan dalam landskap kesihatan global.
Antara tokoh yang turut berkongsi pandangan dalam seminar ini ialah Prof. Dato鈥 Sri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah, Prof. Emerita Dr. Nor Hayati Othman, Prof. Dato鈥 Dr. Jafri Malin Abdullah serta Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, yang membincangkan pelbagai aspek berkaitan pengukuhan amalan profesionalisme dan etika dalam kalangan pengamal muda. Sesi forum bertajuk 鈥淚su dan Cabaran Pengamal Perubatan Muda鈥 menjadi acara kemuncak apabila peserta diberi peluang untuk berdiskusi secara terbuka mengenai cabaran sebenar profesion termasuk tekanan kerja, sistem sokongan dan kesejahteraan mental.
Antara yang turut hadir dalam seminar ini termasuk Prof. Madya Dr. Ruslinda Mustafar (Timbalan Dekan Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Dr. Norazlina Mohamed (Timbalan Dekan Prasiswazah), Dr. Mohammad Arif Kamarudin (Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan merangkap Pengerusi Program), dan Dr. Tiong Nee (Pensyarah, Jabatan Pendidikan Perubatan). Seminar ini merupakan hasil inisiatif bersama Fakulti Perubatan 糖心原创 melalui Sekretariat Hal Ehwal Jaringan Industri dan Komuniti (HEJIM) serta Jabatan Pendidikan Perubatan, sebagai bukti komitmen berterusan 糖心原创 dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik bersama badan kawal selia profesional demi memperkasa sistem pendidikan dan amalan perubatan negara



























