Geologi merupakan ilmu mengenai bumi, termasuk asal usulnya, kandungannya, sejarah, fitur dan struktur bumi, serta proses-proses yang dialaminya. Pelajar geologi di perkasa dengan kemahiran mengenal mineral, batuan, dan fosil, dan sangat mahir menghasilkan peta geologi. Kemahiran ini amat penting sebagai ahli geologi, yang mana tugas utamanya melibatkan penjelajahan sumber bumi (logam berharga dan logam bes, air tanah, bahan api fosil-minyak, gas dan arang batu, serta dalam pemantauan dan pengurusan geobencana (gempa bumi, tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, banjir, dan perubahan aras laut). Kursus ini disampaikan secara berkuliah, amali, kerja lapangan, penyelidikan, dan latihan industri.
Petrogenesis batuan igneus (umor@ukm.edu.my)
Geologi dan geoteknik persekitaran, Bahan geo-serap, Penilaian tapak persekitaran dan risiko, Permodelan air bawah tanah dan pencemaran (yaacobzw@ukm.edu.my)
Geokimia batuan, tanah dan sedimen (bib@ukm.edu.my)
Geothermal dan geofizik (hariri@ukm.edu.my)
Kejuruteraan mineral (haqqim@ukm.edu.my)
Geobahaya, geomekanik, fizik batuan, jatuhan batuan, kestabilan cerun dan kestabilan gua
(gohthianlai@ukm.edu.my)
Geologi ekonomi, geokimia gunaan, metalogeni dan tektonik (basril@ukm.edu.my)
Geobencana, Geopemuliharaan (norbsn@ukm.edu.my)
Pencirian akuifer batuan teretak dan pemodelan air bawah tanah (finalan@ukm.edu.my)
Geologi struktur dan tektonik (norasiahs@ukm.edu.my)
Geologi kejuruteraan, geobencana, mekanik tanah (shahidahnazer@ukm.edu.my)
Mikropaleontologi (rin@ukm.edu.my)
Sedimentologi, Stratigrafi dan Petroleum Geologi (nurulafifah@ukm.edu.my)
Petrologi batuan metamorf dan igneus, vulkanologi, permodelan analog (surayahazim@ukm.edu.my)
Penerokaan Geofizik (taqiuddin@ukm.edu.my)
Paleontologi (ashahadi@ukm.edu.my)
Geologi pemuliharaan (marilah@ukm.edu.my)
Keperluan am:
Keperluan program khusus:

