ÌÇÐÄÔ­´´

Kata Aluan Ketua Jabatan

Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL), Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak penubuhannya pada tahunÌý1997, telah berkembang pesat dan sentiasa menyedia dan menyokong tigaÌýperkhidmatan utama, iaitu:

  • Pengajaran
  • Penyelidikan
  • Perkhidmatan hospital

Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher, sentiasaÌý berusaha untuk merawat pesakit dengan penyakit berkaitan saluran pernafasan, sinus,telinga, mulut, farinks, tekak dan kawasan kepala dan leher secara pembedahan atau melalui rawatan perubatan termaju.Ìý

Jabatan kami juga terlibat secara aktif di dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar perubatan, paramedik dan juga untuk pakarÌýperubatan daripada segenap peringkat termasuk ijazah, sarjana dan subkepakaran.

Ahli akademik jabatan komited dalam mempelopori penyelidikan di-bidang-bidang khusus termasuk deria bau, kelumpuhan pita suara, prosedur rawatan klinik, prosedur pembedahan kurang invasif dan rawatan kanser termaju.Ìý

Selain itu para doktor di Jabatan Otorinolaringologi telah dilatih untuk mengendalikanÌýpelbagai prosedur pembedahan yang kompleks seperti implan koklea , implan Bone Anchored Hearing Aid (BAHA), mastoidektomi, rhinoplasti, thyroplasti danÌýpembedahan untuk membuang ketumbuhan (benign atau malignant) di kawasanÌýkepala, leher dan trakea.

Pakar bedah di jabatan juga aktif melakukanÌýpembedahan endoskopik hidung dan saluran hidung, farinks, peti suara,dengkur, rekonstruktif hidung dan pembedahan paediatrik.

Pihak jabatan Otorinolaringologi -Surgeri Kepala dan Leher akan sentiasa membantu dengan memberi khidmatÌýdiagnosis, nasihat dan rawatan terbaik dalam menangani pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kepakaran kami.

Sebagai tambahan, pihak jabatan sentiasaÌý berkerjasama dengan jabatan-jabatan lainÌýseperti Jabatan Neurosurgeri, Jabatan Maksilofasial dan Jabatan Pembedahan Plastik.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin maklumatÌýberkaitan dengan perkhidmatan, penyelidikan danÌýpengajaran yang disediakan oleh jabatan kami. Adalah menjadi hasrat kami bahawaÌýmelalui ketelusan penyebaran maklumat ini, kami akan berjaya memupuk semangatÌýkerjasama yang lebih erat serta menjalin perhubungan yang lebih rapat di antara kamiÌýdan pelanggan kami khasnya dan masyarakat umum amnya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatanÌýkami, sila kemukakan kepada kami melalui email jabatan di kjtht@ppukm.ukm.edu.my

Saya mempelawa anda untuk melihat perkhidmatan yang ada di jabatan kami denganÌýharapan anda memperoleh apa yang diperlukan. Sekiranya memerlukan keteranganÌýlanjut, sila berhubung dengan pegawai kami. Kami juga mengalu-alukan penglibatanÌýpendapat atau sebarang informasi yang boleh membantu dalam memberikanÌýperkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Pandangan anda amat dihargaiÌýbagi membantu memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Selamat melayari laman web kami.