Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

59 (3) 2025 121 – 135


Kesan Sekatan Penerbangan terhadap Permintaan Penumpang Udara: Analisis Konflik Politik dan Ketidakpatuhan terhadap Audit Penerbangan Antarabangsa
The Impact of Aviation Sanctions on Air Passenger Demand: Effects of Political Conflicts and NonCompliance with International Aviation Audits

Pusat Asasi Sains
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

nurulaishah@um.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 糖心原创, Bangi Selangor, MALAYSIA.

riayati@ukm.edu.my

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA.

rias@umt.edu.my

Abstract

Kajian mengenai kesan sekatan ekonomi terhadap perdagangan perkhidmatan, khususnya perkhidmatan penerbangan sering kali kurang mendapat perhatian berbanding dengan perdagangan barangan. Walaupun terdapat beberapa kajian yang mengkaji impak sekatan penerbangan terhadap industri ini, kebanyakan kajian terdahulu tidak mempertimbangkan kesan terhadap permintaan penumpang udara. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana sekatan penerbangan yang disebabkan oleh konflik politik dan ketidakpatuhan terhadap audit penerbangan antarabangsa mempengaruhi permintaan penumpang udara. Kajian ini menggunakan kaedah Perbezaan dalam Perbezaan (DID) untuk menilai kesan sekatan penerbangan terhadap permintaan penumpang udara di beberapa negara terpilih. Analisis menunjukkan bahawa kesan sekatan penerbangan berbeza antara negara. Terdapat pengurangan permintaan penumpang dari negara GCC ke Qatar, iaitu sebanyak 90.98 peratus, dari Rusia ke Turki, iaitu sebanyak 39.18 peratus dan dari China ke Malaysia, iaitusebanyak 17.28 peratus. Implikasi penemuan ini menunjukkan bahawa negara dan industri penerbangan harus mengelakkan konflik, mematuhi piawaian keselamatan ICAO dan bersedia mengurus krisis keselamatan untuk meminimumkan kesan krisis terhadap sektor pengangkutan udara. Penemuan ini juga memberikan panduan berharga bagi pembuat dasar dan pengurus industri penerbangan untuk merangka strategi sekatan dan pengurusan krisis yang lebih berkesan.

Keywords

ketidakpatuhan audit penerbangan antarabangsa; Konflik politik; penumpang udara; perbezaan dalam perbezaan; sekatan penerbangan

Bibliography

Export Bibliography

Khairuddin, N. A., Ahmad, R., & K V Zainuddin, M. R. (2025). Kesan Sekatan Penerbangan terhadap Permintaan Penumpang Udara: Analisis Konflik Politik dan Ketidakpatuhan terhadap Audit Penerbangan Antarabangsa. Jurnal Ekonomi Malaysia, 59(3), 121–135. http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2025-5903-9

@article{,
  title={Kesan Sekatan Penerbangan terhadap Permintaan Penumpang Udara: Analisis Konflik Politik dan Ketidakpatuhan terhadap Audit Penerbangan Antarabangsa},
  author={Khairuddin, Nurul Aishah and Ahmad, Riayati and K V Zainuddin, Muhamad Rias},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={59},
  number={3},
  pages={121—135},
 

year={2025},
}


Receive updates when new articles are published.